Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 30, 2012

Isu Hudud: Loh Sepatutnya Tanya UMNO

Loh sepatutnya tanya UMNO terlebih dahulu kerana tak ada bezanya pandangan kebanyakan pemimpin UMNO termasuk Mahathir dengan pandangan Karpal. 

Lagi pun bagi saya pandangan keras Karpal itu adalah pandangan peribadinya samalah juga dengan Mahathir. Mahathir sudah tidak apa-apa lagi kuasanya di dalam UMNO. 

DAP tidak bersetuju tetapi bukan dengan bantahan keras sebagaimana bantahan dan penolakan Karpal. Bantahan Karpal walaupun keras tetapi hanya bersangkutan dengan Perlembagaan Malaysia dan tidak menghina Hudud sebagaimana manusia-manusia Melayu yang berkuasa di dalam UMNO.

 Published: Khamis Ogos 30, 2012 MYT 8:57:00 PM
Hadi: DAP Tidak Berhak Desak PAS Gugur Agenda Hudud
PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap mempertahankan agenda parti itu untuk melaksanakan hukum hudud yang mendapat bantahan daripada sekutunya dalam Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, DAP tidak mempunyai kuasa untuk memaksa PAS melupakan agenda hududnya.
"DAP tiada kuasa untuk menghentikan hasrat PAS daripada menyuarakan haknya sama seperti PAS tidak boleh menghentikan DAP daripada menolak pelaksanaan hudud," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Hadi berkata, PAS tetap dengan prinsip perjuangannya apabila DAP menyuarakan pandangan mereka ketika dialog terbuka.
"PAS boleh bekerjasama mengenai perkara kepentingan bersama tanpa mengenakan pandangannya terhadap orang lain.
"Kita boleh memberi dan menerima mengenai sesuatu perkara tetapi tidak akan berganjak dengan agenda parti," katanya.
Beliau berkata PAS tidak akan berganjak berhubung pendirian untuk melaksanakan undang-undang Islam.
Sambil menegaskan hudud tidak akan dikenakan terhadap golongan bukan Islam, Hadi berkata ia adalah isu sensasi yang dicetuskan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin baru DAP, Datuk Aspan Alias berkata, DAP tidak pernah menolak secara rasmi hukum hudud.
"DAP menghormati cita-cita PAS untuk melaksanakan hudud," katanya dalam blog beliau.
Aspan berkata, hudud tidak menjadi penghalang untuk menjalin kerjasama di kalangan pemimpin parti Pakatan Rakyat.
Katanya, Pengerusi DAP Karpal Singh boleh membantah hudud kerana beliau bukan umat Islam.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok menggesa pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengeluarkan kenyataan bersama bagi menjelaskan keputusan mengenai hudud dan berhenti mengelirukan komuniti Cina.
Loh berkata pemimpin DAP perlu berhenti menipu diri sendiri dan bersembunyi di sebalik rangka kerja polisi umum Buku Jingga Pakatan Rakyat mengenai isu hudud. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa