Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 26, 2012

Ini Komen 'Jurucakap Baru' Najib. Apa Pula Kata PKR?

Dr M: Undang-undang anti lompat DAP bercanggah dengan prinsip Pakatan
August 25, 2012

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Cadangan DAP untuk memperkenalkan undang-undang anti lompat di Pulau Pinang bertentang dengan prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang sering menyokong kebebasan berpersatuan dan liberalisasi, kata Tun Dr Mahathir (gambar).

Perdana menteri yang memerintah paling lama di Malaysia itu mempersoalkan parti komponen PR itu yang tiba-tiba menolak lompat parti, dilihat bertentangan dengan pembangkang yang seringkali mahukan masyarakat lebih liberal.

“Mereka kata mereka mahu jadi liberal, benarkan seseorang menyatakan pandangan dan mengkritik orang dengan mengatakan ini adalah kebebasan kami,” kata ahli politik veteran itu dalam sidang akhbar di majlis rumah terbuka Hari Rayanya hari ini.

“Jadi mengapa perlu mereka halang orang nak lompat parti?” tanya beliau.
Kata Dr Mahathir pergaduhan dalaman adalah perkara normal dalam semua parti dan calon biasanya bertukar parti jika mereka tidak setia kepada parti.

“Jikalau mereka lahir pada tahun kata, mereka akan melompatlah,” katanya sambil disambut dengan gelak tawa dari hadirin.

DAP semalam meneruskan untuk mencadangkan undang-undang anti lompat di Pulau Pinang walaupun beberapa pembelotan dari Barisan Nasional (BN) semenjak 2008 membantu memperkukuhkan PR di parlimen.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan semalam mengatakan lompat parti adalah tidak bermoral, tidak beretika dan tidak berprinsip oleh kerana ianya tidak demokratik dan tidak menghormati keputusan pengundi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa