Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 29, 2012

Nampaknya Bekas KPN Pun Meragui Statistik Jenayah

Bekas KPN mahu statistik jenayah dikaji semula

August 29, 2012

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini meminta kerajaan supaya mengkaji semula statistik kadar jenayah atau membuktikan dakwaan mengatakan statistik tersebut dimanipulasi adalah tidak benar untuk menunjukkan kadar kejayaan polis di tengah-tengah penelitian awam terhadap keselamatan.

Bekas KPN itu (gambar) menambah, langkah ini adalah penting kerana dapat membantu mengurangkan kebimbangan awam terhadap peningkatan dalam kadar jenayah walaupun terdapat inisiatif kerajaan untuk menjadikan negara ini lebih selamat.

Pihak polis merespon semalam atas dakwaan yang disiarkan minggu lepas dalam surat yang kononnya daripada pegawai polis yang berkhidmat.
“Lebih baik kerajaan kaji semula statistik kadar jenayah.

“Kalau tak betul seperti yang didakwa, buktikan.
“Jangan diam saja kerana ini akan membuka ruang kepada orang untuk buat spekulasi,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Pada 22 Ogos satu surat tanpa nama dikatakan ditulis oleh seorang polis menggunakan nama Sumun Osram mendakwa kes-kes jenayah dimanipulasi dengan menggunakan metodologi “jenayah bukan indeks” dan tidak dimasukkan dalam statistik kadar jenayah yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Di Malaysia polis mengelaskan jenayah kepada dua kategori: indeks dan bukan indeks.

Jenayah indeks dianggap jenayah serius manakala jenayah bukan indeks dianggap tidak begitu serius.
Musa mengesahkan dakwaan surat tulisan Sumun Osram tentang pengelasan indeks jenayah.
“Memang kita (PDRM) kelaskan jenayah kepada indeks dan bukan indeks.

“Ini adalah guideline dari Interpol,” katanya lagi merujuk kepada Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa dengan menggunakan nama singkatan Interpol.

Agensi global tersebut berfungsi untuk memerangi jenayah merentasi sempadan di kalangan 190 negara-negara ahli.

Musa telah berkhidmat bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) lebih empat dekad sebelum ini pernah meminta kerajaan agar tidak menyorokkan fakta jenayah dan mengatakan rakyat bimbang tentang keselamatan mereka.

Musa, yang menjawat jawatan KPN selama empat tahun semenjak 2006 sebelum beliau digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September, 2010, menyokong desakan ahli parlimen pembangkang yang meminta kerajaan untuk membersihkan diri dari pertuduhan bahawa agensi kerajaan memanipulasi statistik untuk memberikan gambaran salah tentang kadar jenayah dan memberikan imej baik tentang pencapaian pasukan polis.
Walaupun terdapat desakan berulang meminta penjelasan, PEMANDU dan polis berdiam diri sehingga semalam.

“Semua jenayah yang dilaporkan, tanpa mengira seksyen Kanun Keseksaan atau di bawah kategori jenayah mereka berada, akan menyumbang kepada statistik jenayah. Dan ini akan terus dipertingkatkan oleh Sistem Laporan Penjejakan Online yang sedang mengalami ujian Beta pada masa ini dan akan dilancarkan pada penghujung 2012.

“Pencapaian PDRM dan penambahbaikan melalui NKRA adalah benar, seperti inisiatif Program Bandar Selamat, Peningkatan Penyiasatan, Perkhidmat Barisan Hadapan ,” kata ACP Ramli Mohamed Yusuf dari Jabatan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam sebuah kenyataan.

Takrif Indeks dan Jenayah Bukan Indeks, serta proses Siasatan dan Pendakwaan telah dimulakan lama sebelum pengenalan program NKRA. Tiada asas fakta atau bukti untuk dakwaan bahawa statistik jenayah dimanipulasi atau diubah.

Beliau merujuk kepada pertuduhan oleh ‘Sumun Osram’.
“Penulis, jika benar-benar seorang anggota polis, mungkin telah lama tidak bersama pasukan dan jelas tidak memahami bagaimana proses kepolisan dan siasatan jenayah dijalankan. Untuk mengelakkan keraguan dan salah faham kerana salah tafsir seperti yang digambarkan oleh penulis, PDRM mahu menjemput kepada mana-mana orang awam untuk tampil ke hadapan dan berkongsi kebimbangan mereka dengan kami, “kata Ramli.

Bulan lepas, PEMANDU mempertahankan diri mereka daripada kritikan awam selepas peristiwa insiden jenayah yang seolah-olah bercanggah dengan imej dikeluarkan oleh statistik jenayah.

Agensi tersebut, bersama-sama dengan polis dan Kementerian Dalam Negeri, telah terus dengan dakwaan mereka bahawa kadar jenayah di negara ini telah merosot dengan ketara sejak inisiatif di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pengurangan jenayah bagi PEMANDU, Eugene Teh Julai lalu mengeluarkan statistik menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa