Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 30, 2012

Taman Eksotik Bawah Air

Grüner See, danau di Styria, Austria, ini cukup mengundang perhatian . Terletak di dekat kota Tragoss, di kaki pegunungan yang dilitup salji Hochschwab, tentu danau ini sangat indah dan nyaman sebagai tempat melepas penat. 
Di kaki sebuah pegunungan yang tertutup salji di Austria terdapat satu danau yang unik. Kita boleh menikmati kehijauan padang rumput di bawah air.

Ketika musim sejuk, danau Grüner See di Styria yang hanya berkedalaman 1 hingga 2 meter. 
Ada tempat sekitarnya digunakan sebagai taman kota. 
Ketika suhu mulai meningkat pada musim sederhana, ais dan salji di puncak gunung akan mencair dan mengalir turun  ke tanah  lembah di bawahnya ke taman tersebut. Air dari lelehan salji ini yang membuat danau meluap dan menutupi taman.

Danau tersebut yang sememangnya dilihat berwarna hijau kerana warna rumput dan dedaun yang memantul dari bawah. Kita dapat menikmati rumput alpine dan bunga yang mempersonakan dengan menggoyangannya.

Yang terpenting, tubuh badan mestilah fit atau berani menahan kesejukan ketika menyelam. Suhu air dari lelehan salji ini cukup sejuk, mencapai tahap empat darjah.
 
sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa