Saya tetap berpandangan sinis sebab bila UMNO dan menteri serta MPnya bercakap tentang Hudud barulah puak-puak Tok Peti ni berani membuka mulut dan memberikan pandangan positif tentang Hudud!
Hudud: Mufti tegur pendirian Karpal
22 Ogos 2012
SHAH ALAM - Mufi Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, Karpal harus menghentikan segala kritikan yang berkaitan dengan agama Islam.
Katanya, tindakan Karpal menentang pelaksanaan hukum hudud dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana telah mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.
“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana telah mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.
“Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan Islam adalah agama rasmi di Malaysia,” katanya.
Muhamad Baderudin berkata, Raja-raja Melayu juga merupakan seorang yang beragama Islam dan oleh demikian, tidak wajar bagi Karpal berbuat demikian.
Muhamad Baderudin berkata, Raja-raja Melayu juga merupakan seorang yang beragama Islam dan oleh demikian, tidak wajar bagi Karpal berbuat demikian.
“Karpal harus menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia,” katanya.
Tunggu komen SS Mufti berkaitan MCA dan hudud pulak . Ada brani kaa???
ReplyDelete