Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 30, 2012

Rupanya Mahathir Masih Kebal

Mahathir terlepas lagi, gagal disepina Karpal
30 August 2012

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Peguam Karpal Singh hari ini berjaya mendapatkan sepina dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Dato Kamaludin Md Said oleh Hakim Datuk Azman Abdullah walaupun gagal terhadap tiga orang lagi saksi dalam permohonannya berikutan dakwaan hasutan yang membabitkan Sultan Perak tiga tahun lalu.

Dalam permohonan sepinanya, Karpal menyenaraikan empat saksi termasuk Tun Mahathir Mohamad, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Hakim Datuk Azman menggagalkan permohonan tersebut atas alasan bahawa baki tiga orang saksi tersebut tidak boleh memberi keterangan yang relevan dengan pertuduhan yang dihadapi Karpal memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang penglibatan dalam fakta keterangan pertuduhan tersebut.

Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan telah didakwa di mahkamah kerana dituduh mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan bahawa pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dan perlantikan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk jawatan tersebut oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah.

Beliau bagaimanapun telah dilepas bebas daripada tuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi, namun pada 20 Januari lalu panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan  untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkn Karpal membela diri.

Karpal memohon supaya Tun Mahathir disepina supaya tindakan Mahathir yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghasut dan menghina Sultan di Dewan Rakyat pada tahun 1993 dapat diperiksa kerana katanya tindakan Mahathir lebih dahsyat dan serius berbandingnya.

Dua Peguam Negara yang juga gagal disepina Karpal diharapkan dapat memberi keterangan tentang kenapa Mahathir tidak didakwa pada waktu itu memandangkan belum terdapat sebarang undang-undang yang memberi kekebalan terhadap kenyataan yang dibuat di Dewan Rakyat.

Dalam sidang media di luar mahkamah, Karpal berkata, “Dalam Perkara 8(1) semua orang dilindungi undang-undang dan artikel tersebut tertakluk kepada kuasa Peguam Negara samada untuk mendakwa atau tidak dibawah Perkara145(3)”

“Apapun Peguam Negara tidak boleh bertindak sebagai diktator kerana mahkamah mempunyai kuasa untuk mengawal beliau dalam beberapa parameter tertentu,” ujarnya mempersoalkan tindakan Peguam Negara yang tidak mendakwa Mahathir atas kenyataannya pada tahun 1993, meskipun Perkara 145(3) memberikan Peguam Negara budi bicara  untuk memulakan atau menghentikan apa-apa prosiding jenayah. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa