Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 28, 2012

Dah Jenis Gatal Mulut! Dah Tahu Ular, Kenapa Dekat Juga?

Sin Chew harus siarkan penafian Mat Sabu tentang laporan hudud, kata Pakatan

August 28, 2012

PETALING JAYA, 28 Ogos — Ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR), Dr Hatta Ramli, meminta akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh, untuk menyiarkan penafian kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, mengenai isu hudud seperti yang mereka laporkan.

“Mohammad Sabu telah membuat penafian, dan kita rasa laporan Sin Chew itu boleh mengelirukan rakyat, jadi kita mahu Sin Chew membuat penafian pada muka surat sama pada keluaran akan datang,” kata Hatta (foto fail) dalam sidang medianya hari ini.

“Kita juga mahu pihak editor Sin Chew untuk menafikan kenyataan bahawa PAS akan bekerjasama dengan Umno seperti yang ditulis di kolum editorialnya.”

Menurut Hatta, apa yang ditulis oleh Sin Chew adalah satu perangkap, dan mesejnya mengelirukan.

“Apa yang disiarkan di akhbar Cina tidak disiarkan di akhbar bahasa Melayu.
“Jadi kami dari PR mahu Sin Chew membuat penafian di ruang akhbar mereka,” katanya lagi.
Pagi ini, The Malaysian Insider melaporkan Mohamad menafikan laporan muka depan akhbar Sin Chew Daily yang memetik beliau sebagai berkata, PAS akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

Mohamad, yang mesra dengan panggilan Mat Sabu, menjelaskan, semasa wartawan Sin Chew Daily menghubungi beliau melalui telefon, perkataan tentang hudud langsung tidak disebut oleh beliau.

“Saya diberitahu oleh seseorang kenalan berbangsa Cina, Sin Chew Daily, lapor kenyataan yang berbeza daripada apa yang saya sebut.
“Ketika wartawan surat khabar itu (Sin Chew Daily) menghubungi saya, perkataan tentang hudud langsung tidak keluar.

“Apa sekalipun yang ingin dibuat oleh PAS, perlu mendapat persetujuan PR.
“Kami (PAS) tetap dengan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kesemua parti dalam PR,” katanya.

Isu hudud menjadi pertikaian diantara PAS dan DAP semenjak PR ditubuhkan pada tahun 2008.
Baru-baru ini, pengerusi DAP, Karpal Singh dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, bertelagah secara terbuka didalam media dalam isu hudud.

Sebelum PR ditubuhkan, PAS, PKN (kini PKR) dan DAP pernah bersama dengan gabungan yang digelar Barisan Alternatif (BA) ditubuhkan menjelang pilihan raya umum (PRU) 1999.
PRU 1999 menyaksikan negeri Terengganu jatuh ketangan PAS dan Kelantan berjaya dikekalkan oleh parti tersebut.

DAP menarik diri daripada BA selepas presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang pada ketika itu menteri besar Terengganu mengumumkan Dokumen Negara Islam turut menyentuh tentang pelaksanaan hudud. - sumber

1 comment:

  1. SAMAN SAJA BARUA PENIPU & PENYELEWENG PUNYA MEDIA HAPRAK SEKUTU UMNO-APCO ! ABU JANGAN LUPA !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa