Puteri Umno Sabah berharap perbincangan membabitkan semakan semula royalti minyak akan membawa keuntungan kepada Sabah dan negara.

"Memang patut royalti minyak Sabah dikaji semula. Kita memang mahu ianya dinaikkan.
"Tetapi kita juga berharap hasilnya nanti memberi keadaan menang-menang kepada rakyat dan kerajaan," kata Ketuanya Musliati Moslimin, di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau yang ditemui pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannya, ditanya mengenai kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam, yang dilapor berkata kerajaan negeri terbuka mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat berhubung isu itu.

Musliati juga yakin perbincangan akan menghasilkan keputusan positif  berikutan hubungan baik kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

- mk