EKSKLUSIF Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Ramli Yusuff bertegas bahawa tidak ada konspirasi di pihaknya untuk menjatuhkan bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.

NONESebaliknya, beliau mendakwa, Musa yang menaruh dendam 
terhadapnya dan mendakwa seorang individu yang ditangkap pada Oktober 2006, digunakan untuk mereka-reka pembohongan terhadapnya apabila beberapa pegawai kanan bersaing untuk jawatan timbalan ketua polis negara.

Beliau mendakwa, individu tersebut yang ketika itu ditahan di bawah Ordinan Darurat, telah digunakan untuk memfitnahnya pada 2006, dengan tuduhan bahawa individu itu telah merasuahnya dan beberapa pegawai polis kira-kira lapan tahun yang lalu.

Dakwaan tersebut, katanya, telah mendorong siasatan dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ironinya, kata Ramli, walaupun beberapa pegawai polis didakwa telah turut dikaitkan, tetapi hanya beliau (Ramli) sahaja yang disiasat, yang mendorong kepada tuduhan dibuat terhadapnya.

Oleh itu, katanya, untuk mengatakan beliau telah cuba untuk menjatuhkan Musa dengan membuat semua dakwaan ini adalah tidak wajar.

Ramli memberitahu demikian dalam satu wawancara eksklusif denganMalaysiakini.

Individu tersebut tidak pernah dikemukakan oleh BPR, yang 
mengetuai pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Ramli di Kuala Lumpur, untuk membuktikan dakwaan bahawa Ramli telah menerima rasuah.

musa hassan mahmood adam ismail omar 080910 igpIni membawa kepada mahkamah sesyen untuk melepaskan Ramli tanpa dipanggil untuk membela diri.

Menurut Ramli, Musa bekerja di bawahnya di Jabatan Siasatan Jenayah (CID) selama enam tahun, dan dia bertanggungjawab dalam kenaikan pangkan Musa sebanyak dua kali.

Setelah sebahagian besar kariernya bersama CID, kata Ramli, beliau pernah membantu supaya Musa tidak ditukar menjadi ketua siasatan jenayah Perlis selepas Musa membuat rayuan.