Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 11, 2012

Hina Mahkamah: Sharpshooter Kena Tiga Bulan, Bagaimana Dengan IGP?

Hina mahkamah, pemimpin muda PKR dipenjara 3 bulan
1:12PM Ogos 10 2012
Blogger Amizudin Mamat hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur selepas dia didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman blognya.

"Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini," katanya.

Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia bukan satu perkataan yang boleh diterima.

"Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak," katanya.

Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di luar kandang tertuduh bangun dan berkata: "Saya mengaku saya silap, saya memohon maaf, saya tidak faham."

Zabariah berkata jika tidak faham mengenai perintah mahkamah, Amizudin sepatutnya bertanyakan kepada peguamnya terutama apabila membabitkan kes pelanggaran perintah mahkamah.

Selesai prosiding, Amizudin yang kelihatan sedikit terkejut dengan keputusan mahkamah itu memeluk peguamnya Ahmad Nizam Hamid dan dia kemudiannya dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah untuk urusan ke penjara.

Pada 21 November tahun lepas, Rais, 70, diberi kebenaran untuk memulakan prosiding pemenjaraan terhadap Amizudin berhubung dengan saman yang difailkan olehnya.

Pada 19 Julai tahun lepas, Rais memenangi saman beliau dan blogger itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada menteri itu.

Rais memfailkan saman itu pada 31 Jan, 2011, terhadap Amizudin, 42, yang merupakan anggota jawatankuasa Pemuda PKR, bagi memfitnah berhubung artikel yang diterbitkan dalam laman blog blogger itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis, 2010.

Terdahulu, Ahmad Nizam dalam rayuan bagi hukuman ringan memohon mahkamah supaya tidak mengenakan hukuman penjara ke atas anak guamnya dengan mengambil kira bahawa Amizudin telah memohon maaf atas kesalahannya.

Bagaimanapun peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais berhujah bahawa artikel yang dikeluarkan itu bukan sekali tetapi 11 kali.

"Kalau buat sekali, kita mungkin anggap dia tersilap, ini 11 kali, dalam membuat rencana penghinaan itu, contemnor (seseorang yang telah melakukan penghinaan mahkamah) juga telah tulis dengan jelas bahawa dia sedar ada perintah mahkamah yang melarang dia daripada tulis sedemikian."

Muhammad Shafee memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman penjara ke atas Amizudin sebagai pengajaran kepadanya dan juga kepada bakal pesalah yang lain. - mk

Jangan kuningkan 31 Ogos, kata IGP

  • Ahmad Fadfli KC
  • 12:36PM Ogos 10 2012
Polis menggesa sekumpulan NGO proreformasi sistem pilihan raya agar tidak mempolitikkan sambutan ambang merdeka dengan turut sama di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.

NONE"Saya lihat satu sahaja, kemerdekaan adalah sambutan yang bersangkut paut dengan semua rakyat. Jangan jadikannya isu politik.

"Kita rakyat Malaysia hendak bergembira menyambut kemerdekaan kita yang ke-55.

"Jadi janganlah mana-mana pihak menggunakannya untuk politik mereka," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Shah Alam pagi tadi.

Beliau membuat gesaan itu sewaktu mengulas tentang cadangan 26 NGO untuk 'menguningkan' Dataran Merdeka dalam program dinamakan "Janji Bersih" bagi menuntut janji kerajaan untuk memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Ada rancangan tangani jenayah
Bagaimanapun, katanya, buat masa ini polis hanya mahu menasihati BERSIH agar mematuhi undang-undang dalam mengambil sebarang tindakan.

police crime roadblock frontimage"Ini nasihat dahulu. Saya harap semua rakyat kita tahu undang-undang negara kita.

"Apa-apa yang kita hendak buat, apakah panduan kepada apa yang kita hendak buat itu?

"Kita nak berkumpul, memandu kereta, atau bagi ucapan, ikutlah undang-undang negara kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Mengulas kadar jenayah di negara ini, Ismail memberi jaminan polis sentiasa siap siaga menangani jenayah-jenayah tersebut.

"Sebenarnya memang berlaku, tapi yang penting ialah polis mempunyai rancangan. Saya harap kita dapat berfikir secara objektif, jangan emosi sangat.

"Perkara yang dah berlaku kita ada pasukan untuk bertindak balas. Kita juga tahu ada mangsa menjadi trauma dan kita ada pakar-pakar dengan bantuan pihak lain juga.

"Mereka ini akan berjumpa dengan mangsa untuk membantu menghilangkan perasaan takut atau pengalaman pahit mereka," kata Ismail. - mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa