Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 29, 2012

Majlis Syura Pun Tak Faham Kenapa Ramai Orang Marah

Ni aku nak cakap kat yang tak faham atau yang buat-buat tak faham tu.
Bukannya sebab Nasha ini bersama Najib atau bergaul dengan orang UMNO tetapi statements dia keluarkan yang selalu berikan peluru untuk musuh membedil balik
Sesiapa pun boleh dan bukanya haram berurusan atau bergaul dengan puak UMNO, tetapi jagalah mulut dan credible parti.

Kalau pun Majlis Syura nak bela dan sayangkan puak-puak UG ni, janganlah ketara sangat!

Tiada masalah Nasha bergaul dengan Umno - Majlis Syura
Post Pic

JOHOR BHARU: Ahli Majlis Syura PAS Datuk Mahfodz Mohamed berpendapat tiada salahnya bagi bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menjalinkan hubungan baik dengan Umno.

Beliau berkata keputusan untuk mengugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura atau parti harus diteliti sepenuhnya supaya tidak menjejaskan peluang PAS pada pilihan raya nanti.

Mahfodz berkata sekiranya alasan untuk menyingkirkan Nasharudin hanya kerana beliau muncul dalam sebuah gambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Majlis Syura perlu membuktikan bahawa mereka tidak mementingkan perkara remeh.

Nasharudin telah menemani Najib dalam sebuah perjumpaan dengan kumpulan ulama Saudi Organisasi Kerjasama Islam di Mekah baru-baru ini.

Mahfodz kemudian berkata, perbincangan Majlis Syura PAS yang bakal berlangsung pada 9 September ini akan turut membincangan mengenai isu Nasharudin.

Beliau sekali lagi menjelaskan tiada masalah bagi mana-mana ahli parti untuk bergaul dengan anggota parti lain termasuk Umno.

Namun Mahfodz menegaskan isu utama membabitkan Nasharudin ialah kurangnya penyertaan beliau dalam aktiviti PAS sejak 2009.

"Masalah berkait Nasharudin adalah kita telah memberikan beliau (Nasharudin) masa setahun lebih untuk memberikan kerjasama, tetapi beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri."

- sumber

5 comments:

  1. Bhai MountDweller...

    Bukan diorang tak paham... tapi memang diorang memekakkan diri diorang... sebab ramai dikalangan diorang aderlah satu geng... jadi... takkan la geng nak tibai geng sendiri.... hahahaha

    UG nih la sebenarnya yang merosakkan masa depan dan masa belakang PAS....

    ReplyDelete
  2. Gua dah cakap banyak kali.Tak akan ada sebarang tindakan kepada Nasa sebab dia ada Godfathers diIbu Pejabat PAS.Majlis Syura tu dipenuhi oleh puak UG.Cuba baca betul-betul Perlembagaan PAS,apa peranan dan fungsi Majlis Syura.Majlis Syura dah tak mampu menjalankan peranan sebagai mana yang dituntut oleh Perlembagaan PAS sebab komposisi ahlinya terdiri dari mereka yang berkepentingan.Macam mana Majlis Syura nak tegur Presiden,Ketua Pemuda,Ketua Muslimat dan Ketua Ulamak - mereka semua ahli Majlis Syura.Ini betul-betul cerita kartoon.

    ReplyDelete
  3. Saya lagi marah dgn puak reform dan IRC. Pemusnah PAS yg sebenar.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan Mountdweller.

    Saya pun tak reti juga dengan kepimpinan PAS walau pun saya bukan ahli dalam kes Nasharuddin nih. Apa yang jelas perwakilan Muktamar PAS telah memilih Mohd Sabu sebagai TP untuk menerajui PAS dalam politik masakini dan saya akui banyak tindaktanduk Mohd Sabu mengusarkan UMNO malah mengakui sebanyak contoh kes Mat Indera sehingga kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada bekas-bekas polis.

    Tak ada apa yang Nasharudin boleh buat bagi membantu PR dan PAS secara khusus untuk ke Putrajaya melainkan melengah dan memudarkan PAS dari PR.

    ReplyDelete
  5. Kita banyak mendengar komen berkaitan dengan orang hebat seperti Nasharuddin Mat Isa. Tapi kita tidak dapat mengenali mereka secara jelas dan tujuan mereka mengeluarkan komen. Majoritinya kritik tidak membina.

    Isu Nasharuddin adalah urusan dalaman parti PAS. Kalau Ahli Majlis Syura dikatakan berkuasa menyelesaikan kemelut Nasharuddin maka biarkan saja ahli majlis itu menguruskannya. Jika tindakan yang diambil itu seperti orang bodoh buat keputusan maka biarkan saja ahli parti yang menilaikan kebodohan itu.

    Kita hanya melihat batang tubuh Nasharuddin saja tapi ramai diantara kita tidak tahu bagaimana situasi Nasharuddin lebih detail selaku orang kuat UG yang memainkan peranan sehingga dia diberi ruang dan peluang yang istimewa dalam parti PAS....

    Kalau orang luar nak buat komen, tiada siapa yang boleh melarangnya. Cuma apakah orang luar tahu bahawa Nasharuddin itu tak ubah seperti bom jangka akan meletup yang boleh mendatangkan kemusnahan teruk kepada parti PAS dan Pakatan Rakyat jika tersalah cabut atau potong wayar aktif ?

    Pendekkan cerita sebenarnya kita perlu ingat bahawa pilihanraya ke 13 akan diumumkan pada bila-bila masa saja. Adalah lebih baik selesaikan kes Nasharuddin selepas pilihanraya kerana selepas itu siapa pun Nasharuddin sudah tidak apa-apa erti lagi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa