Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 24, 2012

Berkesan Untuk Elakkan Spesis Katak Tanpa Maruah Membiak

Bagi saya manusia spesis ini adalah makhluk yang khianat dan pecah amanah Pengundi yang mengundi mereka 

Mereka ini memang tidak bermaruah tetapi setakat ini tidak pula terdengar Mufti atau Tok Guru berfatwa! 

Guan Eng: Mahkamah harus semak semula kes Nordin Salleh elak lompat parti

August 24, 2012

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Lim Guan Eng mahu mahkamah persekutuan menimbang semula keputusan yang dilakukan dalam kes Nordin Salleh  melompat parti pada tahun 1992 di Kelantan.

Katanya, 20 tahun sudah berlalu sejak mahkamah Malaysia membuka ruang untuk pembelotan politik dan “membolehkan pembiakan katak dan berudu” di kalangan wakil-wakil rakyat Malaysia dengan membenarkan asas pentadbiran demokratik di negara kita untuk diancam oleh politik rasuah dan sogokan.

“Dalam kes 1992 Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin Salleh, Mahkamah Agung yang diterajui Tun Hamid Omar telah menegakkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Eusoffe Chin untuk membatalkan peruntukan Perlembagaan Kelantan yang mewajibkan pilihan raya kecil sekiranya seseorang Adun meninggalkan parti,” kata setiausaha agung DAP dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Sejak keputusan itu, rakyat Malaysia terpaksa menanggung apabila kerajaan-kerajaan yang dipilih secara demokratik di Sabah (1994) dan Perak (2009) telah digulingkan secara tipu helah tanpa mengira pilihan rakyat di peti undi," kata Lim (foto fail), yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Dalam kedua-dua kes ini, parti-parti yang telah ditolak oleh rakyat Sabah dan Perak di pilihan raya umum telah dikembalikan ke tampuk kuasa tanpa memberi peluang kepada para pengundi di negeri-negeri tersebut untuk menyatakan hasrat mereka.”

Katanya, tindakan mana-mana wakil rakyat yang dipilih atas tiket parti untuk melompat parti adalah tidak bermoral, tidak beretika dan tidak berpinsip serta menghina pilihan demokratik rakyat.

Sesetengah pengamal undang-undang berpendapat bahawa cadangan penggubalan undang-undang negeri Pulau Pinang itu bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

Peguam veteran, Datuk C.V. Prabhakaran, berkata, undang-undang seperti itu bertentangan dengan ketetapan Mahkamah Agung 1992.

“Anda tidak boleh meluluskan undang-undang yang menyekat kebebasan peribadi. Ia adalah ‘ultra vires’ (melampaui batasan undang-undang),” kata Prabhakaran.

“Wakil-wakil rakyat dipilih oleh rakyat. Apakah yang Ketua Menteri ingin lakukan.”
Lim berkata, undang-undang ini penting bagi memastikan hak rakyat yang mengundi tidak akan ditipu dan dijual beli.

“Jika mereka dipilih atas tiket sesebuah parti dan ingin meninggalkan parti tersebut, mereka harus letak jawatan dan membenarkan rakyat memilih semula,” kata Lim lagi.

“Demokrasi, kebertanggungawaban dan etika bererti bahawa rakyat harus diberi peluang untuk mengadili sama ada keputusan wakil rakyat untuk melompat parti itu boleh diterima atau tidak.”

Katanya lagi, kes Nordin Salleh di Kelantan pada tahun 1992 telah menyebabkan huru-hara dalam negara ini dan mahkamah persekutuan mempunyai kuasa untuk mengkaji semula keputusan yang salah.

Katanya, kewajiban untuk meletak jawatan atas katak yang melompat adalah satu tindakan yang sah di sisi Perlembagaan dan diamalkan di demokrasi paling besar dunia seperti di India.

“Penentangan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek terhadap undang-undang anti-katak yang dicadangkan ini hanya mendedahkan BN sebagai oportunis yang bersedia untuk berdagang dalam pembelotan yang tidak bermoral,” kata Lim lagi.

“Cadangan Chua untuk menghentikan ‘pembiakan katak dan berudu’ dengan meminda peraturan parti atau perlembagaan parti adalah tidak bermakna dan tidak berkesan kerana ia tidak akan mewajibkan perletakan jawatan.”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa