Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 20, 2012

Angkara Mamak Tak Sedar Diri, Rais Pun Tupang Malu

Rais minta Zainuddin Maidin minta maaf kepada Habibie

Muda Mohd. Noor
 | December 19, 2012
Ini bukan waktunya untuk mengkritik mantan pemimpin seperti Pak Habibie, katanya lagi.






PETALING JAYA: Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim  meminta Tan Sri Zainuddin Maidin meminta maaf berhubung  tulisan yang menghina mantan presiden Indonesia BJ Habibie di akhbar Utusan Malaysia.
“Jadi, saya berharap Zainuddin memohon maaf sendiri,” kata Rais kepada Tempo di majlis pertemuan tahunan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Tulisan Zainuddin di Utusan Malaysia mendapat sorotan kerana dianggap menghina Presiden ketiga Indonesia BJ Habibie.
Zainuddin menyebut Habibie sebagai pengkhianat bangsa. Ia juga membandingkan Habibie dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zainuddin memanggil keduanya the dog of imperialism.
Rais mengatakan permohonan maaf Zainuddin secara terbuka akan menjadi penyelesaian masalah ini. Ia mengatakan sudah memberitahu keadaan sebenarnya kepada Zainuddin.
“Seharusnya dia lebih berhati-hati untuk yang akan datang,” katanya.
Bagaimanapun, tulisan Zainuddin  merupakan pandangan peribadi beliau dan Rais menegaskan Utusan Malaysia bukan media lidah resmi pemerintah.
“Akhbar itu adalah surat khabar yang dulunya diketuai Zainuddin  dan bukan menjadi lidah resmi Umno dan pemerintah.
“Itu adalah suatu media yang memberitakan masalah orang Melayu, bumiputera (peribumi), politik, dan sebagainya. Memang dekat dengan pemerintah, tetapi bukan lidah resmi,” kata Rais lagi.
Rais mengatakan Malaysia memberi kebebasan kepada setiap individu untuk bersuara dan berbicara. Hanya dalam keadaan seperti ini, kata Rais, harus berfikir hubungan Indonesia-Malaysia.
“Ini bukan waktunya untuk mengkritik mantan pemimpin seperti Pak Habibie,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa