Demi nama dan maruah negara Rais Yatim pun membuat tindakan yang sama
Tapi tuan empunya body yang meneluparkan mulut tu macam mana?
Adakah rakyat Indonesia akan melupakannya dengan mudah?
Zahid: Pandangan Zam bukan pendirian M'sia
Pandangan bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap dua bekas Presiden Indonesia BJ Habibie dan Abdurrahman Wahid (Gus Dur) dalam tulisannya itu, bukan pendirian Kerajaan Malaysia atau pendirian parti pemerintah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, Kerajaan Malaysia dan parti pemerintah juga tidak menyokong pandangan Zainuddin dalam tulisannya itu, yang dimuatkan dalam laman blognya.
"Kenyataan beliau bersifat peribadi. Zainuddin bukan menteri kabinet Malaysia, Zainuddin bukan juga dalam barisan kepimpinan utama parti, Zainuddin juga bekas ketua pengarang sebuah akhbar di Malaysia, yang dilantik sebagai menteri pada waktu itu.
"Ertinya pandangan Zainuddin adalah 100 peratus pandangan peribadi. Kerajaan tidak menyokong apa yang dilontarkan oleh beliau, parti pemerintah juga tidak menyokong apa yang beliau nyatakan," katanya pada sidang akhbar bersama selepas mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) ke-39 di Jakarta, Khamis.
Turut sama pada sidang akhbar itu ialah Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro.
Ahmad Zahid berkata pihaknya memahami perasaan rakyat Indonesia terhadap kritikan Zainuddin dalam tulisannya itu, terutamanya dalam kalangan media dan rakan-rakan menteri kabinet di Indonesia serta ahli politik yang lain.
"Saya harap rakyat Indonesia dapat membezakan antara pendapat peribadi dan kami daripada pihak kerajaan dan parti pemerintah tidak bersama dengan beliau," katanya.
Sejak tersiarnya tulisan Zainuddin dalam laman portal berita Utusan Malaysia Online baru-baru ini yang mengkritik Habibie, dan yang terkini pula terhadap Gus Dur yang dipaparkan dalam laman blognya, media di Indonesia banyak membahaskan mengenai isu pandangan kontroversi oleh Zainuddin itu.
Banyak pihak di Indonesia marah dengan kritikan Zainuddin terhadap Habibie.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa