Maka masing-masing nak merebut
Masing-masing tidak mau mengalah
Akhirnya rakyat juga yang menerima padah
Wakil rakyat menang perlu kekal, kata ketua Umno Ranau
Bagaimanapun, tokoh politik veteran itu memberitahu, dua atau tiga wakil rakyat sedia ada perlu digugurkan kerana sudah tidak mendapat sokongan rakyat.
PETALING JAYA: Ketua Umno bahagian Ranau, Datuk Rizalman Abdullah menyarankan wakil rakyat Umno di Sabah yang menang pada 2008 perlu bertanding sekali lagi dalam pilihanraya umum ke 13.
Bagaimanapun, tokoh politik veteran itu memberitahu, dua atau tiga wakil rakyat sedia ada perlu digugurkan kerana sudah tidak mendapat sokongan rakyat.
Beliau tidak mahu menyebut nama wakil rakyat berkenaan tetapi menurutnya sudah tua serta sudah lima penggal menjadi ahli parlimen atau Adun.
“Menggugurkan wakil rakyat yang menang satu tindakan yang tidak bijak…mereka sudah menang mengapa perlu digugurkan.
“Menggugurkan wakil rakyat yang menang satu tindakan yang tidak bijak…mereka sudah menang mengapa perlu digugurkan.
“Tetapi orang lama yang tidak menang perlu diganti dengan orang baru,” kata beliau.
Rizalman bagaimanapun, mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapsi semua wakil rakyat yang menang itu sebelum dipilih menjadi calon sekali lagi.
Pandangan itu disokong oleh Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya.
Orang muda tidak boleh terlalu ramai
Beliau menegaskan, Umno tidak boleh meletakkan terlalu ramai muka baru dan orang muda untuk bertanding dalam PRU 13.
“Jika berbuat demikian (meletakkan terlalu ramai orang muda) boleh mencetuskan suasana kelam kabut di kalangan parti.
“Biar gandingan yang ada sekarang kekal – muka lama dan orang bagu bergandingt,” katanya.
“Biar gandingan yang ada sekarang kekal – muka lama dan orang bagu bergandingt,” katanya.
Samsuddin merupakan timbalan ketua bahagian Umno Batu Sapi dan sudah tiga penggal menjadi Adun Sekong.
Sabah mempunyai 25 kerusi parlimen dan Umno bertanding 13 kerusi, manakala kerusi DUN Umno meletakkan 33 calon dari 60 kerusi.
Parti itu menang semua kerusi yang ditandingi pada pilihanraya lalu.
Parti itu menang semua kerusi yang ditandingi pada pilihanraya lalu.
Baru-baru ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sebagai berkata, hampir separuh calon Umno di Sabah untuk PRU 13 merupakan muka baru.
Bagaimanapun, menurut Samsuddin, tidak ada masalah bagi wakil rakyat lama kerana mereka sentiasa turun menemui pengundi.
Beliau juga memberitahu, orang ramai tidak boleh membuat andaian bahawa politik Sabah sama dengan negeri-negeri lain.
“Kami (rakyat) Sabah tahu menilai politik…kami sudah beberapa kali menukar kerajaan negeri,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa