Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 23, 2012

Mamak Yang Buta Sebelah Mata

Zainuddin Maidin takut pada orang di belakang Anwar Ibrahim!

Setelah dikritik dengan hebat oleh orang Indonesia kerana menghina bekas Presiden mereka sebagai 'anjing imperialisme', Zam tak henti-henti menulis tentang isu Malaysia-Indonesia.

Beliau cuba merasionalkan kebenciannya pada Anwar Ibrahim dan juga hubungan rapat ketua pembangkang tersebut dengan pemimpin Indonesia dengan berbagai logik yang semua orang tahu. Kali ni dia merepek kononnya ada bayang hitam berdiri di belakang Anwar Ibrahim! bayang itulah yang ditakutinya...macam tok moh pulak orang tua mamak ni.

Semua orang tahu golongan kapitalis global yang bertuhankan kekayaan dunia sanggup buat apa saja untuk menambahkan kekayaan mereka. Begitu juga golongan kapitalis dan politikus Malaysia yang rakus, sanggup berbuat apa saja demi membuncitkan poket duit mereka.

Dalam Zam sibuk menuding jari ke arah kapitalis, samseng global yang mengaut keuntungan hasil keringat manusia lain, Zam macam terlupa golongan yang sama yang bergerak secara local di negara sendiri mempunyai perangai yang saling tak tumpah seperti master mereka di luar sana.

Kita menentang kesemua golongan tersebut tanpa ada double standard samada ianya global ataupun local. Sesiapa saja yang beriltizam untuk berkerja keras menjayakan hasrat itu sudah seharusnya diikuti oleh rakyat jelata demi membebaskan kita dari belenggu kebodohan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa