Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 22, 2012

Rasanya Memang Ada Yang Tak Kena

Berbelit-belit
Kalau gelecek bola pasti pemain lawan muntah kerana pening!
Rakyat ternganga, pemimpin senyum... 
Drama yang menjadikan penonton terlopong tak faham cerita

Panel SPRM tiada kuasa untuk semak siasatan, kata Mat Zain
December 22, 2012
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Bekas pegawai polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, berkata bahawa ketua panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Hadenan Abdul Jalil dan Panel Pemantau Operasi (PPO) tidak mempunyai kuasa untuk menutup fail kontroversi akuan bersumpah P. Balasubramaniam tentang pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

“PPO tidak ada kuasa untuk memantau keputusan kes,” kata bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar, memohon untuk bertindak ke atas dua akuan bersumpah Balasubramaniam yang bercanggah yang melibatkan beberapa pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik.

Mat Zain memberi respon tentang kenyataan Hadenan dua hari lalu mengatakan peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang juga berada dalam PPO -- tidak berada di dalam pasukan pemantau SPRM yang menutup fail bekas penyiasat persendirian mengenai akuan bersumpah keduanya tentang pembunuhan pada tahun 2006.

Hadenan berkata dalam kes ini, yang melibatkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan Rewachand, yang telah dibincangkan dalam mesyuarat PPO pada 8 November.

“Kenyataan Tan Sri Hadenan perlu dipersoal,” kata Mat Zain.

Beliau menuntut Hadenan untuk menerangkan kuasa PPO untuk menerangkan kedudukan SPRM dan keputusan Timbalan Peguam Negara (DPP) berkenaan dengan akuan bersumpah kedua Bala yang berbeza dengan apa yang dilaporkan berbanding dengan apa yang beliau merayu kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tiga tahun lalu untuk mengkaji semula keputusan suruhanjaya pencegah rasuah itu berkenaan dengan laporan polis pada 1 Julai 2008 oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, seorang doktor perubatan dan Mat Zain sendiri dalam memalsukan bukti dalam insiden “mata lebam”.

Beliau berkata surat rayuannya telah diserahkan kepada semua ahli LPPR, termasuk Hadenan dan beliau menerima surat balas dari sekretariat LRRP pada 23 Julai 2009 yang ditandatangani oleh pengerusi pengarah, Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara.

“Untuk maklumat Y Bhg Dato', bidang kuasa LPPR yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Akta 694) TIDAK  termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM dan Pendakwa Raya dalam sesuatu kes,” kata Abdul Hamid dalam membalas surat Mat Zain pada 23 Julai 2009.

Mat Zain berkata beliau bingung kerana LPPR menyatakan mereka tidak ada kuasa untuk menyemak semula siasatan SPRM dan pendakwa dalam surat tersebut, tetapi masih mengadakan tiga mesyuarat untuk rayuannya, seperti di dalam suratnya, dalam rayuannya dalam surat yang sama, pada 20 April, 15 Jun dan 25 Jun pada tahun 2009.

“Adalah salah bagi saya untuk membuat kenyataan untuk jawapan untuk melindungi jenayah Gani Patail dan Musa Hassan untuk melindungi mereka dari dihukum undang-undang,” katanya lagi.

“Jadi siapa yang bercakap benar dalam hal ini? Tun Abdul Hamid atau Tan Sri Hadenan?” kata Mat Zain lagi.

Beliau menerangkan kenyataan Hadenan tentang Abraham sebagai “cuba melindungi” dan perbincangan PPO tidak ada sebarang kesan terhadap keputusan SPRM dan DPP dalam kes akuan bersumpah Balasubramaniam.

Bekas pegawai kerajaan itu kemudian mengatakan siasatan ke atas PPO pada masa lalu perlu berikutan kenyataan terbaru Hadenan.

Beliau mencadangkan revie PPO ke atas keputusan Peguam Negara mengenai kes rasuah,dan tuduhan bedang Datuk VK Lingam dan MAS - yang mengalami skandal kewangan melibatkan tycoon Tan Sri Tajudin Ramli untuk memulakan penyiasatan. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa