Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 13, 2012

125 Kerusi Parlimen: Mampukah PR?

Selagi mulut-mulut busuk di dalam PR tidak ditutup, keyakiannya adalah rendah
Kerana mulut-mulut busuk ini mungkin akan membuatkan ramai pengundi-pengundi atas pagar meluat dan menyeberang ke sebelah BN

Dan.. perlu diingat BN adalah singa terluka yang berpengalaman akan sanggup melakukan apa saja untuk membaham musuhnya

Dalam politik bagi mereka tidak ada perkataan zalim atau haram-halal.
Pada anutan mereka Agama dan Politik adalah dua perkara yang berasingan dan berbeza!
PR mampu peroleh 125 kerusi Parlimen?
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Disember 2012
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR), perikatan Pas, PKR dan DAP ada kemungkinan boleh memperoleh 125 kerusi Parlimen - majoriti tipis untuk membentuk kerajaan pusat, dengan tiada parti komponen yang akan mempunyai "kuasa hegemoni", demikan menurut pemimpin tertinggi DAP.

Ia antara senario yang diketengahkan ketika banyak analisis dan laporan mula memberi tumpuan berkenaan soal bilangan kerusi bakal diperoleh oleh parti-parti yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan berlangsung sebelum akhir Jun depan.
Tumpuan adalah ke atas perikatan Barisan Nasional (BN) dan PR.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, dalam senario PR menang 125 kerusi, PKR boleh memperoleh sehingga 45 kerusi manakala DAP dan Pas masing-masing 40 kerusi.


Ia antara beberapa senario digambarkan oleh pemimpin veteran ini dalam tulisannya di blog beliau menjelang konvensyen tahunan DAP hujung minggu ini.


"Dalam analisis akhir, keputusan kemungkinan sama ada mengembalikan majoriti dua pertiga di Parlimen kepada Umno/BN, memberikan satu majoriti sekurang-kurangnya 74 kerusi di Dewan Rakyat atau PR menang sehingga 125 kerusi, dengan majoriti 28 kerusi mengatasi Umno/BN di Parlimen," kata Ahli Parlimen veteran ini.


Menjelas lanjut, Kit Siang berkata, dalam senario PR memperoleh 125 kerusi, dengan pengagihan 45:40:40, "ia satu perikatan dengan tiada parti yang mengamalkan hegemoni politik seperti yang terdapat dalam perikatan Barisan Nasional."


Sebelum ini, Sinar Harian Online ada membawa laporan bahawa BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang. Malah ada penganalisis mengatakan bahawa kerusi BN di Parlimen kemungkinan menurun kepada 100.


Selain itu ada yang mengadakan BN tidak akan mengekalkan 140 kerusi yang dikuasai empat tahun lalu.


Pada PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala parti-parti pembangkang 82.


Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN, ketika menutup Perhimpunan Agung Umno 1 Disember lalu berkata, BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga jika tiada unsur sabotaj dalam Umno.


Beliau yang juga Presiden Umno akan mengetuai pilihan raya umum pertama sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009.

Daripada jumlah empat juta itu, tiga juta merupakan pengundi baru.

Dalam tulisannya, Kit Siang juga berharap Kongres Kebangsaan DAP ke-16 akan dijadikan medan mesej yang jelas dan terang kepada rakyat Malaysia bahawa pemimpin-pemimpin DAP, perwakilan dan ahli-ahlinya membawa wawasan dan komitmen untuk mencapai objektif kempen "Seratus Hari Menjelang Ke Putrajaya".

Bagaimanapun katanya, dalam politik pembohongan, kebencian dan ketakutan, pemimpin-pemimpin Umno dan MCA telah cuba untuk menyemai kebencian dan kebimbangan dengan menyebarkan mesej-mesej tidak bertanggungjawab dan bercanggah kepada kaum Melayu dan Cina bahawa jika PR menang, masing-masing komuniti akan ditekan oleh DAP dan Pas.

"Satu pembohongan jika mengatakan pemimpin-pemimpin DAP takut dengan pemimpin-pemimpin Pas, begitu juga pemimpin Pas takut kepada pemimpin-pemimpin DAP.

"Juga satu pembohongan (apabila mengatakan) orang Melayu atau Cina akan ditekan dalam kerajaan PR (kelak)," katanya sambil menambah, PKR, Pas dan DAP komited untuk mewakili kepentingan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.


Kit Siang berkata, sama ada PRU13 akan mencipta sejarah dengan perubahan kerajaan di Putrajata bergantung pada kemampuan PR untuk memikat 13 juta pengundi khususnya empat juta pengundi "pertengahan" atau yang dilabel sebagai pengundi atas pagar.

"Hubungan kami dalam PR, bersama PKR, adalah seimbang dengan menghormati satu sama lain," katanya sambil menegaskan, ia berbeza berbanding amalan "satu hala" dalam BN.

3 comments:

  1. Bhai MountDweller...

    Citernya camnie... kalu PAS contohnyer dok nak letakkan calon yang tak ketahuan macam Kadir Sheikh Fadzir tu... gua berani jamin... PAS akan terbongkang... Samer la jugak kalu PKR pon letak calon ikut tangkap muat... abis la...

    ReplyDelete
  2. Sdr. C++

    Setuju tu....
    Dan satu lagi, di sinilaa di tempat lain tatau, di pihak PR baik PAS atau PKR masih sunyi sepi dari program mendekati rakyat. Program bubur asyura tu adala.

    Tapi di pihak UMNO memang banyak program bermula dari pemberian hamper sehinggalah ceramah kelompok memang berterusan.

    ReplyDelete
  3. Ayoyo... tarak mula lagi ka kerja kempen nih... payah la kalu camnie...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa