Parti kecil penting, rakyat pun penting
Kalau buat tak penting nanti tersungkur
Peluang kaut harta nanti lebur, silap haribulan bertapa di kandang batu!
Betul tu, Perkasa dan Jati pun kena ambil kira gak
Sebab Brahim kata keahliannya ada 300 ribu!
Parti Gerakan yang nak mampos pun ada hati nak minta tambahan kerusi
Dekat PRU nanti aku yakin akan ada lagi parti-parti komponen yang minta tambahan kerusi
Parti yang dah Menopause pun minta nak tanding
Ahad Disember 16, 2012
Parti Komponen Kecil Penting Untuk Pastikan Kemenangan Besar Dalam PRU 13 - PM
SANDAKAN: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN), termasuk yang kecil adalah penting bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. "Dalam tempoh berbaki (yang singkat) ini...tidak ada lagi masa untuk kita bertelagah. Kita mestilah bergerak sebagai satu pasukan bagi mencapai kemenangan," kata Perdana Menteri.
Berucap pada majlis perasmian Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) di sini, Ahad, Pengerusi BN itu berkata dalam hal ini, beliau menghargai kesetiaan LDP yang menjadi anggota BN sejak dua dekad lepas.
Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, presiden LDP Datuk VK Liew dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Najib menyambut baik kehadiran Mahathir ke kongres itu yang menurutnya menunjukkan "beliau adalah seorang pemimpin yang sanggup berkorban dan sayang kepada BN yang memperjuangkan kepentingan rakyat". "Sebagai bekas perdana menteri, Tun Mahathir boleh memilih beriadah pada hari minggu namun beliau datang ke Sandakan bersama kita. Mesejnya ialah meskipun tiada jawatan...meskipun tidak terpilih calon kita tetap menyokong BN," katanya.
Sambil menyifatkan 13 anggota parti komponen BN itu sebagai anak, beliau berkata bukan mudah untuk mengurus segala-galanya terutama memberi kepuasan kepada semua.
"Namun dengan adanya tolak ansur maka 13 orang anak ini hidup dalam keadaan aman damai. Inilah kelebihan BN berbanding pembangkang, kita kuat kerana kita bersatu dan bekerjasama sebagai sebuah keluarga," katanya.
Najib berkata kawasan Sandakan, yang merupakan pinta masuk (gateway) ke Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina BIMP-EAGA, mempunyai masa depan yang cerah di bawah BN. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa