Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 17, 2012

Sang Mufti Yang Terpijak Bara!

Mulanya tak nak layan mulut Harussani ni
Tapi oleh kerana Pak Karamu mencelah dengan pandangannya, gatal tangan pula saya

Pak Karamu minta Harussani berdebat dengan Hadi
Tapi pada saya tiada faedahnya berdebat dengan manusia berkepala besar, otak kecil
Harussani tak reti bahasa Melayu Atau memang terpijak bara.... 
Saya rasa sudah sahlah Harussani adalah UMNO 
Yang UMNO dari UMNO

Tapi apa pun taklah salah dia menjadi orang UMNO 
Sebab Malaysia negara demokrasi
Nak tukar agama pun boleh!
Yang tak betulnya dia menggunakan kerusinya untuk UMNO, bukan untuk Agama

Seingat saya Hadi tak kata pun UMNO kafir
Yang Hadi kata hanya peringatan dari perintah Allah 
Sesiapa yang tidak menghukum dengan Hukum Allah menjadi kafir
Tak perlu masuk kristian, tak perlu masuk budha
Mengiktikadkan Agama suku, politik suku juga termasuk dalam kategori yang sama

Jadi siapa yang makan lada, dialah yang merasa pedasnya
Siapa yang terpijak bara, kakinyalah yang melecur dan merasa peritnya

Ini juga bukanlah PAS jadikan Amanat tetapi UMNOlah yang mewartakan sebagai 'Amanat Haji Hadi'

UMNOlah yang mengkafirkan diri sendiri!

Mufti: Hadi harus tarik balik amanat 1981
HASLINA KAMALUDIN
17 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir.

"Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena pertemuan bersama Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan di sini, hari ini.

Katanya, perkara ini sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

"Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno sebaliknya ke atas Hadi.

"Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah," katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak hanya bercakap perkara yang benar sahaja.

"Ada ayat al-Quran menyebut jauhkan diri daripada prasangka tidak baik.

"Adalah lebih baik kita mengikut nas al-Quran, sama ada daripada tulisan atau ceramah," katanya.

Hadi Awang pernah mengeluarkan amanat demikian pada tahun 1981 dan menjadi pegangan ribuan ahli parti itu sehingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa