Cuma satu pertanyaan, kenapa pemimpin Melayu dalam DAP tidak dipandang?
Adakah mereka ini hanya penumpang atau disifatkan 'melukut di tepi gantang'?
Atau Ahli-Ahli Cina dan India DAP memang masih tebal dengan sifat perkaumannya?
Atau mereka-mereka ini (Melayu) memang tidak menonjol karismanya?
Walau apa pun yang berlaku sehingga ini, aku doakan Ahli-Ahli DAP akan berubah di masa hadapan. Lebih-lebih lagi sekiranya ditaqdirkan PR menghuni Putrajaya
Seikhlasnya aku nak cakap, pada aku keraguan masih lagi menghuni dijiwa ini
Pelantikan CEC Melayu berdasarkan kebolehan
Pelantikan dua orang Melayu ke dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) adalah berdasarkan kebolehan mereka dan mereka juga berperanan untuk mendekati rakyat Malaysia merentasi sempadan perkauman.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian sewaktu mengulas pelantikan Zairil Khir Johari dan Senator Ariffin SM Omar ke dalam CEC selepas tiada satu pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding untuk mendapat tempat dalam jawatankuasa itu menang.
Beliau bagaimana pun tidak menolak yang pelantikan itu juga adalah satu simbol perwakilan Melayu dalam DAP.
"Kita lantik berdasarkan kebolehan tetapi kita juga tidak nafikan ia satu simbolik (perwakilan Melayu) kerana Ariffin adalah seorang cendekiawan yang juga seorang senator," katanya dalam sidang akhbar selepas Kongres ke-16 DAP ditangguhkan tengah hari tadi.

Bhai MountDweller...
ReplyDeleteKalu gua bagi komen... memang panas... hahahaha.... tapi itu la.. aper yang lu rasa itu lah jugak yang gua rasa... hehehe...
Semua sebab kat dalam DAP masih ramai hantu, setan dan jembalang.... yang mereka nih sebijik sebuntat dengan hantu, setan dan jembalang yang ader dalam PAS...
Hantu, setan dan jembalang nih ader agenda diorang sendiri.... diorang la yang menjahanamkan parti dari dalam...
mungkin kerana takut dgn perangai pembelotan org melayu yg amat tinggi! lebih baik berhati-hati krana apa yg terjadi pada pkr & pas jadi pelajaran.org mlayu sejak akhir2 ini sangat suka membelot
ReplyDelete