Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 25, 2012

Kalaulah Keadaan Ini Berlaku Di Negeri Pakatan....

Kalaulah di negeri Pakatan
Pastinya akan di salahkan Pemerintah
Pastinya dikatakan Pemerintah tidak prihatinkan kesihatan rakyat
Pastinya akan dituduh pihak berkuasa tempatan tak buat kerja
Negeri pengotor dan sebagainya

Tapi bila berlaku di Johor negeri yang diperintah BN
Rakyatlah yang dipersalahkan
Sedangkan
Cuba fikirkan berapa lama sampah tidak diangkut
Tong sampah tidak dibersihkan

Itulah dia bila merabunkan mata
Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang amat terang dan jelas
Salah orang nampak jelas, salah sendiri.....?

Budaya individu pengotor
NORSHIKIN MOHD SALLEH
25 Disember 2012

JOHOR BAHRU – Perasaan jijik dan geli terdetik apabila setiap kali melintasi longgokan sampah yang bertaburan di tepi-tepi jalan. Terdetik persoalan apakah perasaan si pembuangnya? Tidakkah mereka yang membuang sampah begini mahukan persekitaran yang bersih dan sedap mata memandang?

Sikap pengotor dan pemalas perkataan tepat menggambarkan keperibadian segelintir individu yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana kebanyakan sampah-sarap itu bukanlah sisa buangan industri, tetapi adalah sampah-sarap seperti barangan lusuh dan sisa makanan.

Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPA) negeri, Zainal Fitri Ahmad berkata, amalan membuang sampah di kawasan bukan sepatutnya telah menjadi budaya masyarakat sejak sekian lama.

“Ia sudah menjadi budaya yang sukar dibentuk, biarpun pelbagai usaha telah dilakukan seperti kempen dan sebagainya. Malah sebenarnya pelaku ini boleh berhadapan dengan tindakan tegas denda sehingga RM100,000 dan hukuman penjara.

“Sebolehnya kami mahu masyarakat sedar dan tidak sewenang-wenangnya membuang sampah, biarpun belum ada tindakan undang-undang diambil buat masa ini hanya notis, dan mengingatkan orang ramai agar tidak terkejut apabila dikenakan hukuman lebih serius,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Jelasnya, menerusi peruntukkan di bawah Akta 672  PPSPA yang mana pelaku boleh dikenakan denda RM10,000 hingga RM100,000 dan penjara, jika sabit kesalahan.

Jelasnya, amalan kebersihan bermula dari didikan dari rumah di mana mahu masyarakat mengamalkan tiga pendekatan iaitu membuang sampah dalam tong yang disediakan, bagi kawasan kedai memasukan sisa buangan di tong sampah berpusat disediakan dan amalan kitar semula 3R.

“ Kita telah sediakan tong yang menepati piawaian antarabangsa yang mampu menampung kapasiti sampah 120 liter iaitu bersamaan 0.8 kilogram sampah yang dihasilkan satu individu sehari.

“Penggunaan tong sampah ini berkualiti dan tidak mudah bagi haiwan atau kebocoran air sisa buangan ini melimpah.

"Manakala penyediaan tong sampah ini dilihat tidak praktikal bagi pusat peniagaan, yang kita turut menyediakan tong sampah berpusat, yang seharusnya ditutup, bagaimanapun kebanyakan kita gagal untuk berbuat demikian atas faktor hendak mudah,” katanya.

Beliau berkata, jika setiap isi rumah mengamalkan kitar semula, dengan sasaran satu kilogram sebulan, ia mampu menyelamatkan sampah ke tapak pelupusan sebanyak 28 juta kilogram.

Penilaian kitar semula menunjukkan 80 peratus masyarakat di negara ini sedar akan kepentingan amalan itu, namun hanya segelintir daripada mereka melaksanakannya.

Katanya, dalam kes tapak haram ini pihaknya sentiasa melakukan pembersihan bagi kawasan-kawasan terlibat namun akan berlaku pengulangan.

1 comment:

  1. This article provides clear idea for the new people of blogging, that
    truly how to do blogging.
    Here is my web blog I need to sell my house PA

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa