Monday, December 24, 2012

Parti Nyamuk Pun Nak Tumpang Sekaki

Bagi aku sesiapa pun berhak bertanya dan berhak tahu
Semua rakyat ada hak bertanya

Kerajaan Kelantan sepatutnya mengeluarkan kenyataan menjelaskan isu tersebut
Tak akan sudah dengan hanya berdiam diri
Tabahan lagi isu ini berkait dengan politik
Biasalah bila apa saja perkara yang berkait dengan pembangkang akan menjadi isu dan segala isu ini mesti ditangani dengan sebaik mungkin

KITA mahu Kelantan jelaskan tanah diberi kepada DAP

Muda Mohd. Noor | December 24, 2012
Ketua KITA, Masrum Dayat bertanya adakah syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd merupakan penender yang tertinggi.





PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mahu kerajaan negeri Kelantan memberi penjelasan mengenai pemberian pajakan tanah Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada syarikat pimpinan DAP Perak yang menjadi perbualan umum sekarang.
Tanah seluas 10, 526 ekar di Gua Musang itu dikatakan telah diberikan kepada Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd.
Ketua KITA, Masrum Dayat bertanya adakah syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd merupakan penender yang tertinggi.
Walaupun transaksi tersebut merupakan transaksi perniagaan persendirian, tetapi ia membabitkan sebuah badan berkanun negeri Kelantan.
Katanya, terdapat dua laporan berbeza yang yang memerlukan penjelasan lebih khusus.
“Satu laporan menyebut bahawa syarikat Upayapadu Plantation telah memeterai perjanjian dengan YIK  untuk membeli tanah bernilai lebih RM30 juta itu pada tahun 2006.
“Satu lagi laporan yang memetik kenyataan exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan bahawa ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan pajakan dan bukannya hak milik,” kata Masrum dalam satu kenyataan media hari ini.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP sebagai habuan memastikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik Menteri Besar Perak pada 2008.
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham tutut menafikan beliau memberi laluan kepada PAS untuk jawatan Menteri Besar negeri itu kepada parti Islam tersebut sebagai pertukaran dengan  kontrak pembalakan di Kelantan, walaupun menjadi pengarah dalam syarikat pembalakan di kawasan tersebut.
Ngeh dan seorang lagi Adun DAP Perak , Datuk Nga Kor Ming berkata, mereka melabur dalam syarikat tersebut, tetapi menegaskan tidak ada perjanjian dalam perkara tersebut.
Isu pemberian tanah ini telah dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Perak, minggu lalu.
YIK peroleh RM1.5 juta
Masrum juga mendakwa, YIK juga menyedari akan pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation dan sebagai balasan YIK memperoleh RM1.5 juta.
Menurut Masrum, umum mengetahui bahawa negeri Kelantan mempunyai undang-undang tanah yang agak ketat.
“Sukar untuk orang luar yang bukan anak Kelantan untuk memiliki tanah di Kelantan.
“Kalaulah hendak memindah milik tanah di Kelantan antara satu syarikat dengan syarikat lain milik anak Kelantan pun ditolak, apatah lagi orang luar yang bukan anak Kelantan,” tambahnya.
Masrum menyarankan kerajaan Kelantan supaya tidak terus-menerus menggunakan YIK sebagai batu loncatan (vehicle) untuk mendapatkan sumber kewangan.
Walaupun pada prinsipnya ia kelihatan menurut undang-undang, tetapi ia tidak bermoral.
Ia tidak memperlihatkan suatu contoh ketelusan yang diharap-harapkan, kata Ketua KITA itu.

No comments: