Dah bersara baru nak bersuara
Dulu masa pegang jawatan jadi barua kerana pangkat dan periuk nasi
Masa itu tak ingat belakang depan
Apa yang rakyat cadang semuanya tak dengar, buat-buat tuli
Belitnya mengalahkan keling
Dulu bukan rakyatkah yang bersuara?
Sekarang baru nampak?
Rashid: Suruhanjaya diraja perlu kaji sistem pilihan raya
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah gagal dalam mengemukakan tuntutan-tuntutan menyeluruh untuk membawa pembaharuan signifikan ke atas sistem pilihan raya, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Sehubungan itu kata beliau, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk jika rakyat mahukan sistem yang sedia ada dikaji semula dan kemudian diadakan satu referendum bagi mendapatkan pendirian rakyat.
Katanya, sistem pilihan raya yang ada sekarang memerlukan perubahan struktur, bukannya pembaharuan yang disifatkan sebagai "quick fix."
"Saya lebih hendak setuju dengan Bersih dalam satu hal iaitu tubuh satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji (sistem pilihan raya), yang terdiri daripada orang-orang tertinggi.
"Sekarang PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) sudah selesai, jadi suruhanjaya masih perlu? Perlu!
"PSC ini hanya sementara. Dia punya terma dan syarat pun kecil. Ia tidak boleh bergerak di luar terma dan syaratnya. PSC selesai tugasnya. Bagus! Tapi ini orang Parlimen, mereka ahli politik.
"Mereka tahu apa yang berlaku, tetapi mereka tidak sentuh. Enjin, mereka tukar, plug mereka tukar, minyak hitam ditukar. Itu sahaja," kata beliau dalam satu temu bual bersama Sinar Harian Online minggu lalu.
Abdul Rashid yang menjadi Pengerusi SPR selama 10 tahun berkata, "kalau negara mahu, kalau negara setuju, kalau tuntutan-tuntutan ini hendak dilayan, tubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji semula dan mengadakan sistem (baru), kalau negara bersetuju."
Beliau bersara daripada jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Sambil melihat Bersih 2.0 bukan sebagai pertubuhan pembangkang, kata Abdul Rashid, ia satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hendak menuntut supaya ditingkatkan sistem demokrasi di negara ini, bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi perkara lain.
"Tetapi Bersih (2.0) ini khusus untuk kita buat perubahan pada sistem pilihan raya dan mereka tidak berapa mengerti agaknya, tuntutan-tuntutan itu nampaknya tidak menyeluruh.
"Saya kaji juga tuntutan-tuntutan ini dan mereka tidak mendesak dilakukan suatu perubahan yang menyentuh struktur," kata beliau.
Tambah beliau, "maknanya seluruh undang-undang itu dikaji. Bukan satu dua tempat. Ini macam kita tukar bateri, tukar ‘spark plug’, tukar minyak hitam, 'quick fix’ ini (sebenarnya) boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. Yang dasarnya tidak berubah."
Bersih 2.0 mengemukakan lapan tuntutan pada awal tahun lalu. Ia kemudian mengadakan perhimpunan pada awal Julai 2011 dan sebulan kemudian kerajaan menubuhkan PSC bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya.
Menjawab soalan sama ada tuntutan Bersih itu lebih kepada ‘quick fix’ semata-mata?, Abdul Rashid yang pernah menjadi Setiausaha SPR berkata, "saya pun terkejut juga Bersih ini, yang terdiri daripada peguam yang besar-besar (ternama)."
"Tuntutan-tuntutan itu nampaknya... apabila anda buat tuntutan itu, kerajaan respons, itulah yang dibuat menerusi PSC, itu yang dibuat. Jadi tuntutan mereka telah dipenuhi.
"Tapi kita tahu, Bersih hendak lebih daripada itu. Mereka tidak mahu PSC. Mereka mahu suruhanjaya yang betul-betul bebas dan adil," katanya.
Jelas Abdul Rashid, bagi beliau Bersih 2.0 telah gagal mengetengahkan isu yang sebenar walaupun mereka tahu apa yang mereka mahu.
"... sebab mereka tidak kemukakan apa yang mereka mahu. Mereka hendak undi pos dikaji, ini semua kecil.
"Bagi saya, ia tidak membantu untuk memperkuatkan amalan demokrasi. Ia hanya merubah sedikit tatacara atau pun prosedur," katanya lagi.
Selepas PSC mengemukakan laporan penuh 22 perkara kepada Parlimen awal tahun, Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan akhir April lalu.
wakaka... fulus tu penting bro. kalau lawan bos.. tka banyak la dapat..
ReplyDeletekepala b**** la rashid...!!!
ReplyDeleteciiiss! setelah puas menipu bangsa melayu melalui pilihanraya, baru sekarang bercakap mengenai demokras-i.
ReplyDeleteCelako tujuh keturunan.
setuju!! apa yg dikata betul!
ReplyDeletebuat habis beras aje hidupnya, menganiaya jutaan rakyat. susah nak menjawabnya dalam kubur nanti...
ReplyDeleteSeorang pegawai tinggi kerajaan yang berkhidmat pepuluh tahun tapi tiada pendirian dan prinsip jati diri semasa dalam jawatan jadi pak angguk tapi bila dah bersara dan tiada jawatan glamor disediakan baginilah jadinya sudah dua barua kerajaan BN yang selepas bersara membongkarkan segala kelemahan dalam pentadbiran jabatan yang mereka sendiri sebagai bapak segala arahan yang menyusahkan rakyat, apakah mereka-mereka ini tidak sedar yang mereka telah tidak memegang amanah yang telah diamanahkan kepada mereka untuk tidak memburukkan sesuatu perkara yang telah berlalu, apakah selepas sudah tiada kuasa dan perentah dari kita boleh diguna pakai tidak lagi laku dimata pemerentah baru kita berani bersuara dan juga kita tidak diberi jawatan tinggi yang serupa dengan gaji yang lumayan seperti yang lepas-lepas.Insaflah wahai maknusia yang hanya pentingkan dunia malulah pada generasi muda yang sentisa memerhati perangai buruk kita..
ReplyDeletebarua umno sedang mengelentong lagi.
ReplyDeletepasal dakwat kekal teman tak maafkan beliau ni kecuali beliau memohon maaf seluruh rakyat malaysia, itu setelah dibicarakan dimakamah
ReplyDelete