Walaupun jalan tanah mereka yang berlumpur menuju ke Sekolah Kebangsaan Bihai dan taman permainan yang digenangi air setiap kali hujan, bersekolah adalah sesuatu cukup bernilai bagi kebanyakkan anak Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

NONETidak seperti kampung di kebanyakkan kawasan di Semenanjung Malaysia, di mana anak-anak terpaksa melalui perjalanan yang jauh, jalan yang berlaterit, bangunan dua tingkat SK Bihai terletak di jalan masuk ke Kampung Tenrik - salah satu daripada sembilan kampung di Pos Bihai.

Murid-murid yang tinggal di kampung lain, yang terletak beberapa kilometer, mereka disediakan kemudahan asrama dua tingkat ditepi sekolah, yang turut disediakan untuk pra-sekolah.

Tetapi secara eksklusifnya, sekolah Orang Asli - yang terletak lebih dua jam perjalanan dari pekan Kuala Betis dengan menggunakan pacuan empat roda - menjadi perhatian umum selepas empat murid bukan Islam telah ditampar oleh seorang guru pada 23 Oktober kerana tidak membaca doa sebelum makan tengahari.

NONEKetika ditemui di Kampung Tenrik, Arom Asir - wakil penduduk kampung selepas kematian tok batin dan kedudukannya tidak diganti - berkata pendidikan merupakan masalah kanak-kanak di kampung dalam Pos Bihai lebih daripada sekadar insiden menampar.

Arom mendakwa kira-kira 200 murid di SK Bihai hanya diajar selama tiga hari dalam tempoh minggu persekolahan - sedangkan minggu persekolahan di Kelantan bermula Ahad hingga Khamis.

"Guru-guru hanya datang pada Ahad dan oleh itu mereka tidak boleh mengajar, jadi mereka mengajar pada Isnin sehingga Rabu. Dan menjelang tengahari hari Khamis, mereka bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Pelajar pula diminta untuk balik ke asrama," katanya.