Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 15, 2012

Manusia Paling Perasan Di Malaysia

Jenis tak sedar diri
Cakap berdegar-degar.....habuk pun tak berganjak
Cicak celah dinding pun ketawa

Asyik nak persalahkan orang lain
Walhal perut dia yang busuk
Bau sendawa pun orang muntah!

Tau tak apa hebatnya dia?
Hebat lompat melompat sehingga menjadi juara raja katak!
Seingat aku dia dari penyokong PSRM (Parti Sosialis Rakyat Malaysia) - menyokong PAS (keahlian saya tak pasti) - masuk Berjasa - masuk UMNO - masuk S46 - masuk UMNO - kena pecat - bertanding atas tiket PAS - istihar Bebas - tubuh Perkasa. Sekarang tengah mengendeng supaya dipelawa masuk UMNO

Saya dikhianati, kata Ibrahim ahim Ali

Muda Mohd. Noor
 | December 15, 2012
Presiden Perkasa itu merujuk tindakan Umno memecatnya dari jawatan ketua bahagian.







KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menuduh kedua-dua parti terbesar orang Melayu iaitu Umno dan PAS telah  mengkhianati beliau  kerana cemburu dengan kehebatannya.
Berikutan itu, Presiden Perkasa itu akan tetap  mempertahankan kerusi parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.
Beliau menang atas tiket PAS tetapi kemudian meninggalkan parti itu untuk menjadi wakil rakyat bebas.
Ibrahim mengatakan Umno mengkhianatinya  kerana memecat beliau dari jawatan ketua bahagian
Dakwanya, Umno memecat beliau ekoran berlaku persempadanan semula kawasan parlimen.
“Umno telah melukakan hati saya…dia pecat saya tanpa sebab.
“MT (majlis tertinggi) dalam mesyuarat mengatakan tidak ada ketua bahagian yang dipecat tetapi saya seorang dipecat,“ kata Ibrahim selepas perhimnpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa hari ini.
Mengenai PAS, Ibrahim berkata, menjelang pilihanraya umum 2008 pemimpin parti itu datang berjumpanya kerana mahu bekerjasama.
PAS, kata Ibrahim mahu bekerjasama dengannya kerana beliau ramai penyokong terutama di Kelantan.
Katanya, jasa beliau kepada PAS lebih banyak dari yang diberikan parti itu.
“PAS hanya memenangkan saya seorang tetapi penyokong saya memberi kemenangan yang banyak kepada PAS.
“Orang PAS tidak senang hati dengan saya kerana saya bersikap terbuka dan berani menegur.
“Saya jadi mangsa cemburu…apa yang saya buat hebat,” kata beliau lagi.

1 comment:

  1. hahahaha.. ni la jadi bila babi salahkan air cos x menghalalkan dirinya..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa