Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 22, 2012

Betul Ke Dia Ni Ahli PAS?

Kalau kecewa dan hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan
Keluar jer dan ikutlah Hasan Jati atau jadi jer lembu UMNO
Tak payah dok menyemak dan cari salah di dalam PAS, pastu melalak pula di akhbar

Ramai Ahli PAS Kecewa Dengan Perjuangan Parti Itu

KUALA TERENGGANU: Ramai anggota dan penyokong Parti PAS menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) akibat kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang tidak mengambil berat mengenai masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.

Seorang penyokong PAS dari Kuala Besut, Ahmad Ibrahim, 57, berkata beliau merasa kecewa kerana parti pembangkang itu tidak memberi perhatian terhadap masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.
"Saya cuba untuk bersuara kepada pemimpin di peringkat kawasan bagi mengatasi masalah penduduk, tetapi mereka kutuk saya dari belakang menyebabkan saya rasa kecewa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Bola Kampung Pulau Bahagia di sini, pada Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Ahmad berkata beliau meninggalkan parti itu sejak 1999 kerana kecewa dengan perjuangan PAS dan berjanji untuk memberi sokongan kepada BN.

Seorang lagi anggota PAS, Isa Idris, 68, berkata beliau menyertai Umno dan BN hasil daripada kesedaran apabila PAS negeri mengambil tindakan membubarkan PAS Kawasan Besut sebelum pilihan raya 1999.

"Saya juga kecewa dengan tindakan parti pembangkang itu atas beberapa perkara yang dicetuskan bersama parti pakatan pembangkang di mana mereka mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur, selain doa-doa yang dibaca oleh pemimpin mereka yang tidak sepatutnya diucapkan.

"Saya lihat penyokong Pas sekarang 'sudah sedar' sandiwara yang dimainkan parti itu dan ramai penyokong mereka akan menyertai Umno atau BN selepas ini," katanya yang mengetuai 210 anggota dan penyokong Pas dari Kuala Besut menyertai Umno.

Pada majlis itu seramai 310 anggota dan penyokong Pas dari Besut, Jabi (Setiu) dan Ru Redang (Marang) menyertai Umno serta berjanji membantu parti pemerintah memenangi pilihan raya umum akan datang.BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa