Kenyataan Zainuddin Gambarkan Kedangkalan Akalnya
DEC 11 – Luahan rasa marah dan kebencian bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin kepada Anwar Ibrahim dengan menyamakan Anwar sama dengan BJ Habibie sebagai pengkhianat adalah melampau dan bersifat kebencian yang tidak boleh diterima langsung.
Zainuddin, selalu perasaan.
Kalau pun Zainuddin benci kepada Anwar kerana tidak bersetuju dengan gaya politik Anwar yang mengambil berat kepada rakyat marhaen, dan anti korupsi sehinggakan sedia menentang Mahathir Mohamad, tidak sepatutnya beliau menghumbankan kata-kata demikian yang dilihat sangat tidak profesional dan boleh memberi implikasi negatif kepada negara bangsa.
Zainuddin mungkin ada bukti-bukti jelas menunjukkan Habibie sebagai ‘pengkhianat’ semasa beliau menjadi wartawan, tetapi beliau harus menyimpan rahsia itu untuk dirinya sendiri kerana cara beliau melemparkan tuduhan itu secara terbuka adalah bahaya. Beliau boleh mendedahkan, tetapi dalam ruang lingkup tertutup secara berhemah.
Dalam satu laporan di akhbar tempat beliau mencari makan dan menjadi bos di situ dulu, Zainuddin melahirkan rasa kesal dan mempertikaikan kenapa BJ Habibie dipanggil untuk memberi syarahan di negera ini kerana beliau adalah pengkhianat kepada politik Indonesia termasuk kepada bekas presiden Suharto.
Kata Zainuddin, Habibie adalah orang yang menjadi gunting di dalam lipatan terhadap Suharto. Beliau juga mengatakan kependekan tempoh Habibie menjadi presiden Indonesia selama 1 tahun setengah disebabkan rakyat Indonesia menolak Habibie.
Input atau analisa dibuat Zainuddin itu sekali lagi menunjukkan kebenciannya dan satu analisa yang dangkal, tohor maklumat dan berunsur jahat. Zainuddin tidak berlaku jujur di dalam hal ini apabila tanpa menyebut bentuk konspirasi menjatuh dan menekan Habibie, tetapi disebut secara general. Kalau beliau jujur Zainuddin kena sebut juga beberapa 'kepala halian' yang menjadi konspiratornya.
Sebaliknya sedikit sebanyak nasib malang diterima Habibie sama dengan apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim di Malaysia apabila beliau dijatuhkan menerusi satu konspirasi memburuk dan mengaibkan seperti dialami bekas timbalan perdana menteri itu.
Bagi saya kenyataan Zainuddin itu juga tidak profesional dan tidak melambangkan dia seorang tokoh wartawan Melayu sejati. Kalau beliau tidak menerima politik Habibie sekalipun kerana sebab-sebab personal tetapi beliau tidak boleh cuba mempengaruhi orang ramai untuk memberi persepsi buruk kepada Habibie mengikut apa yang nafsunya ingini.
Sebagai tetamu kepada sebuah negara Habibie harus dilayan dengan baik dan sewajarnya. Zainuddin dan kita semua perlu mempamirkan sikap tahu menghormati tetamu selagi ia dibenarkan masuk ke negara ini secara legal. Sekiranya Habibie seorang pengkhinat dan dianggap datang untuk menghansut rakyat negara ini agar menjatuhkan kerajaan BN, Zainuddin tidak boleh membuat kenyataan umum sebaliknya dia harus mengemukakan bukti-buktinya kepada pihak keselamatan negara.
Biarlah pihak keselamatan negara akan menentukan apakah kedatangannya merbabahaya kepada negara atau tidak. Sudah tentu kalau dalam penelitian pihak keselamatan negara, kedatangan itu tidak merbahayakan kepada negara sebaliknya boleh mengancam Najib ia bukan asas untuk dihalang. Mesti kena ada perbezaan di antara Najib dengan negara.
Dan selagi tidak ada sekatan untuk kemasukan Habibie ke negara ini Zainuddin tidak boleh mengecapkan Habibie sebagai pengkhainat dan kita semua perlu menerima Habibie sebagai seorang tetamu atau pelancong membawa ilmu ke negara ini. Apakah Zainuddin memahami tatacara sesebuah negara berdaulat di dunia ini?
Sedih dan memalukan kenyataan Zainuddin itu, apa lagi dari seorang bernama bekas wartawan dan dinobatkan sebagai tokoh wartawan. Sebagai seorang wartawan kenyataan yang tidak berhati-hati itu juga memalukan profesyen kewartawanan di negara ini. Kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh budak-budak Umno Gombak ia tidak menjadi masalah kerana kita tahu sepanjang mana kail mereka.
Dari sisi lain kenyataan Zainuddin itu boleh menimbulkan ketegangan dan rasa kurang baik di antara kedua rakyat Malaysia dan Indonesia. Mungkin ada rakyat Indonesia yang tidak suka dan bencikan Habibie tetapi masih ada yang mengkaguminya. Mereka pasti akan marah seperti mana marahnya Zainuddin kalau ada rakyat Indonesia mengatakan Mahathir juga makan khinzir.
Atas dosa itu, elok kalau pihak yang menganugerahkan gelaran tokoh wartawan kepada Zainuddin dinilai semula akan kelayakannya. Kita tidak mahu anugerah yang berprestaj bertujuan untuk mengangkat martabat wartawan itu diberikan kepada wartawan haprak seperti Zainuddin Maidin. Rasa moleknya juga pertubuhan wartawan dan penerbitan akhbar memprotes kenyataan Zainuddin Maidin itu sebagai satu peringatan.
Hakikatnya baik Zainuddin dan dunia, tidak dapat menolak kehebatan dan pengikhtirafan ke atas Habibie sebagai tokoh dan pembangunan teknologi kejuteraan di Indonesia. Bahawa Hahibie telah dinobat oleh seluruh dunia sebagai orang bertanggungjawab membangunkan industeri pesawat di negara itu sehingga mendapat pengikhtirafan dunia. Apakah Zainuddin tidak terbaca kehebatan ini atau pun setiap kali menemui akhbar yang menyiarkan berita mengenai Habibie beliau terus mengumpal dan masukkan ke dalam poketnya seluar sapaknya.
Mengenai kebimbangan Zainuddin terhadap mereka yang hadir pada acara pidato Habibie di Universiti Perindusterian Selangor (Unisel) baru-baru ini, beliau tidak perlu sangsi, sambutan hangat sekali dan ia tidak kecukupan masa. Lebih sejam Habibie berucap seperti hanya 10 minit saja.
Begitulah kalau seseorang tokoh berhemah ada wawasan akan berucap dengan fakta, gaya dan fikiran terbuka dengan hujan memecah sempadan minda. Ia berbeza dengan tokoh yang bercakap dengan muka persis beruk ‘datang bulan’ ataupun yang suka menunjukkan wajah cengeng dan sesekali menyengihkan gigi putih macam beruk mat yeh.
Untuk pengetahuan Zainuddin, yang mendengar pidato Habibie di Unisel tempoh hari bukan orang-orang sejenis dengan Mahathir dan beliau atau seperti Ibrahim Ali yang merasakan hanya merasa diri mereka cerdik manakala orang lain low class.
Yang hadir itu juga merupakan tokoh politik yang bukan mudah boleh diperbodoh dan mudah tunduk bersujud sawi seperti mana Zainuddin terhadap Mahathir apabila Mahathir membenarkan dia menulis buku “Mahathir Di Sebalik Tabir” sebagai satu apologetik kepada bekas PM itu atas kesalahannya sehingga dipecat dari menjadi Ketua Pengarang Utusan.
- mso

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa