Beralasan bodoh nak cover muka?
Kalau ye pun, carilah alasan logik sikit
Nak bodoh pun, bodohlah sorang-sorang,
Jangan perbodohkan orang pulak!
Teng kini dakwa ada cubaan ancam nyawa Psy
Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata terdapat satu cubaan ancaman terhadap nyawa artis sensasi Korea Selatan, Psy, yang menjadi sebab mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta meninggalkan pentas lebih awal selepas acara menggaul yee sang di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Kolej Han Chiang Isnin lalu.
Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak polis yang mereka menerima maklumat terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Psy dan itulah sebabnya mengapa orang ramai di tempatkan agak jauh dari pentas.
Pihak polis juga, tambahnya, terpaksa membuat beberapa
pertimbangan segera dan memberitahu pihaknya supaya meminta Najib segera turun dari pentas selepas acara menggaul yee sang, jelas Teng selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Cina Gerakan di Jelutong hari ini.
Teng berkata adalah tidak benar terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Najib, seperti yang dilaporkan oleh Sinchew Daily,sambil menambah beliau telah "disalah petik".
Setiausaha Agung Gerakan itu cuba menjelaskan mengapa Psy, atau Park Jae-sang, tidak menyertai acara menggaul yee sang bersama Najib dan pemimpin BN di atas pentas.
Beliau menafikan dakwaan bahawa Psy enggan bersama Najib, sambil menambah bahawa apa yang berlaku pada hari - di mana pemimpin BN kelihatan keliru dan tidak teratur di atas pentas - dengan pengacara merayu kepada Psy untuk menyertai acara tersebut.
Sebenarnya, tegas Teng, berlaku beberapa masalah teknikal dan peranan pengacara sepatutnya hanya memperkenalkan Psy dan bukan memanggil artis tersebut naik ke pentas.
"Dia (pengacara) kemudian memberitahu saya yang dia mendapat arahan dari seseorang lain untuk berbuat demikian," katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa