Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 15, 2013

Dah Terang Takyah Bersuluh Pun Tanak Menagaku!

Semua rakyat yang tak buta boleh nampak
Yang tak tuli boleh dengar
Yang tak buta huruf boleh baca
Jadi, memperbodohkan rakyat adalah kerja sia-sia
Cukup-cukuplah.....rakyat yang tak bangang menilai!

 Abdul Kadir sokong Mat Sabu, turut gesa Wan Ahmad letak jawatan
February 15, 2013

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar seharusnya meletak jawatan kerana bersikap partisan, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini.

Kadir turut menjelaskan sokongannya terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, selepas semalam, Wan Ahmad mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berikutan penyiaran artikel dalam akhbar Harakah bertajuk “Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai”.

“Saya lihat Wan Ahmad tidak lagi layak (untuk jawatan),” kata Abdul Kadir kepada pemberita di sini. “Beliau menjadikan dirinya sendiri tidak layak daripada memegang sebarag jawatan dalam SPR.

“Jelas beliau penyokong kuat Barisan Nasional (BN).”

Abdul Kadir turut menggelar Wan Ahmad sebagai “gangster” yang “kasar” dengan ucapannya, berbanding dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

“Beliau lebi lembut, dan berhati-hati dengan kenyatataannya. Berbeza dengan timbalannya,” kata Kadir merujuk kepada Abdul Aziz.

“Dalam hatinya mungkin ada unsur partisan, namun jika mereka memegang jawatan dalam SPR mereka perlu bersikap neutral.”

Pemimpin politik itu sebaliknya mencabar Wan Ahmad menghentikan tindakan perundangan yang dilakukannya ke atas Mat Sabu, dan bertanding pilihan raya atas tiket BN.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Kadir mengesahkan bliau akan bertanding di Kedah untuk Pilihan Raya Umum ke-13 di bawah Pakatan Rakyat (PR), sekiranya parti baru yang dibentuknya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) masih gagal didaftarkan.

Wan Ahmad semalam berkata beliau akan mengambil tindakan saman terhadap Mat Sabu kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dalam akhbar Harakah bertarikh 29 Januari.

Selain Mat Sabu, Wan Ahmad dalam notis tuntutannya turut menamakan parti PAS, pencetak dan penerbit Harakah, Angkatan Edaran Enterprise, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, dan penulis artikel bertajuk “Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai”, Aziz Muda.

Tegasnya, kenyataan yang dikeluarkan Mohamad Sabu itu adalah pembohongan dan fitnah besar-besaran yang menjatuhkan kredibiliti dan integritinya selaku pegawai tertinggi dalam SPR.

Laporan Harakah dalam akbarnya di muka surat N30 mendesak Wan Ahmad meletak jawatan bagi memulihkan imej dan kredibiliti SPR kerana mendakwa beliau terlibat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam “Projek IC” di Sabah pada 2004.

Akhbar PAS itu memetik kenyataan Mat Sabu turut berkata penglibatan Wan Ahmad dan Mahathir adalah semata-mata untuk memenangkan BN di Sabah dalam pilihan raya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa