Kalau benar
Menteri mana ek?
Bodoh nak mamposs!
Dia ingat semua orang adalah budak suruhan dia ke?
Padan muka
Yang terima malunya PM
Yang memandai-mandai tu, menyorok dalam seluar
'Menteri' dipersalah, punca Psy tak gaul yee sang
Seorang 'menteri' telah dipersalahkan kerana menyebabkan suasana yang memalukan apabila artis sensasi Korea Selatan, Psy, tidak naik untuk bersama dengan orang kenamaan di atas pentas menggaulyee sang sebelum membuat persembahan di Pulau Pinang Isnin lalu.
Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong (kiri) - yang menjadi pengerusi penganjuran rumah Tahun Baru Cina BN itu - berkata menteri berkenaan memberitahu pengacara untuk menjemput Psy turut sama menggaul yee sang.Oleh kerana menteri berkenaan tidak memaklumkannya kepada jawatankuasa penganjur lebih awal, dan oleh itu tidak dapat memberi taklimat kepada penyanyi tersebut - Oh berkata beliau dapat memahami kejanggalan Psy apabila pengumuman mengenainya dibuat.
Oh memberitahu Malaysiakini bahawa syarikat pengurus acara itu mesti mengikuti norma-norm, dan sebagai bintang mega, Psy juga mempunyai "standard yang kita mesti ikut".
"Itu adalah satu cadangan 'ad-hoc' yang menyebabkan kita jadi malu. Saya kemudian bertanya pengacara mengapa dia menjemput Psy naik ke pentas, dan dia menjawab dia berbuat demikian atas arahan seorang menteri."
Walaupun Oh enggan menamakan menteri berkenaan, terdapat tiga orang menteri di atas pentas - Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon; Ahli Majlis Tertingi Umno, Tan Sri Mohamed Yakcop dan Naib Presiden MCA, Datuk Ng Yen Yen.
Akhbar China Press hari ini memetik sumber yang mendakwa bahawa
"seorang pegawai kanan wanita" bertanggungjawab terhadap pengumuman tersebut.
Dalam segmen acara berkenaan, meja dibawa naik ke atas pentas dan pinggan yee sang diletakkan di atasnya.
Pemimpin BN tertunggu-tunggu ketika mereka bertepuk tangan dan
melihat sekeliling, selepas pengumuman pengacara, tetapi akhirnya meneruskan menggaul hidangan tradisional tanpa Psy.
Selepas menunggu Psy selama lima minit, para pemimpin - termasuk Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi - meninggalkan pentas.
Ini dirakamkan dalam video, yang telah dimuatnaik ke YouTube dan menjadi bahan jenaka warga internet.

Untuk memahami kenapa Psy tidak mahu turut serta, kita mesti memahami sejarah Korea.
ReplyDeleteDalam Perang Korea (Korean War...1950-1953)antara Korea Utara/Korea Selatan, negara Cina menyokong Korea Utara. Hingga hari ini, Cina masih menyokong Korea Utara. Sebagai rakyat Korea Selatan yang patriotik, Psy tentu tidak mahu dirinya terlibat dalam upacara sebuah negara (Cina) yang menyokong musuh mereka.
Saya tak fikir adalah niat Psy nak memalukan Najib; dia hanya menghormati negaranya.
Itulah contoh yang patut diikuti olih sesetengah rakyat Malaysia yang selalu memburukkan Malaysia di pentas dunia walaupun pada masa yang sama, mereka menikmati kemudahan yang diberi kerajaan.