Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 12, 2013

Lebih Baik Lu Cakap Tentang Tentera Dan Bersihkan Nama Lu Dulu

Meraban betul lu ni Zahid
Toksahlah ikut mengarut mulut nyanyuk Mahathir
Dia gentel taik, lu pun nak ikut gentel sama
Tak payah nak nasihat orang lainlah zahid oi...

Pembangkang dah biasa dengan kekalahan sejak dari PRU1 lagi
Yang dirisaukan ialah BN
BN yang tak pernah kalah di peringkat pusat
Dengan sampah sarap yang busuk diheretnya banyak
Tentunya rakyat akan meminta Mahkamah adili
Mahligai Sungai Buloh pula sedia menanti
Jadi siapakah yang takut dan akan emosianal?
Pakatan Rakyat Perlu Bersikap Rasional Jika Kalah Pada PRU13 - Ahmad Zahid
HUTAN MELINTANG: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pakatan Rakyat perlu bersikap rasional dan tidak emosional sekiranya pakatan pembangkang itu tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata Barisan Nasional (BN) atau pembangkang perlu menerima hakikat sama ada menang atau kalah pada PRU-13 nanti kerana keputusan dibuat rakyat.
"Sekiranya BN menang pada PRU-13 pembangkang perlu menyokong, kalau mereka(pembangkang) menang pula kita (BN) akan sokong.
"Jangan timbulkan huru hara...(sebab) negara kita aman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA Bahagian Bagan Datoh di sini, Selasa.
Ahmad Zahid mengulas dakwaan sesetengah pihak tentang kemungkinan pembangkang menimbulkan huru hara sekiranya mereka kalah dalam PRU-13.
Menyentuh "Arab Spring", istilah digunakan bagi kebangkitan rakyat di negara Timur Tengah, Ahmad Zahid berkata beliau tidak fikir mereka (pembangkang) sanggup melakukan hal sedemikian.
"Mereka (pembangkang) adalah pemimpin rasional (dan) yang baik-baik," katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya www.chedet.cc menyebut kemungkinan berlaku "Arab Spring" di Malaysia sebagaimana amaran Ketua Pembangkang DatukSeri Anwar Ibrahim. -- mStar

1 comment:

  1. Betul, betul dan betul kalau disaat ini, semakin pru13 menghampiri, macam-macam taktik dan cara untuk mengelak dari diadili.....bila kalah PRU13 nanti maka tahulah letak duduknya BN-UMNO, mak segala hal perkara penyelewengan, salh guna kuasa, naik harga dan rasuah akan diadili sebaik mungkin....tak perlu bersusah payah memberitahu Pakatan Rakyat.

    So ..tak perlulah nak sebarkan pandangan dan pendapat kamu yang kami dah tahu siap BN-UMNO selama ini. Dahh 54 tahun, kami dah lali dengan setiap apa yang kamu nak perkatakan...kami dah tahu setiap inci, isi perut luar dan dalam BN-UMNO.

    Selama 54 tahun tu.....pembangkang tetap tenang dalam menerima kekalahan... yang nak diperingatkan tu BN ..... so sadarlah....... bersedialah dengan kekalahan. Pringatkan kepada kuncu-kuncu kamu...siapkan alat kelengkapan untuk berkabung.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa