Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 15, 2013

Khairy Dah Nampak Semakin Matang

Tak kiralah apa niatnya yang tersirat
Tapi segi lahiriahnya nampak dia lebih matang dan terbuka
Itulah Baru gentleman!
Pemuda Umno Sokong Mufti Perlis & Dr Mohd Asri Bertanding PRU13
"Kalau mereka berdua bertanding untuk Umno, Alhamdulillah, kami mengalu-alukan penyertaan mereka. Namun jika mereka memilih parti lawan, kita perlu terima keputusan tersebut.
"Ia pasti menjadi pilihan raya bersejarah kerana kedua-dua ulama terpanggil untuk bertanding pada pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, Jumaat.
Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Jumaat berhubung dakwaan penglibatan kedua-dua tokoh agama itu dalam pilihan raya umum kali ini.
Jelas Khairy, penglibatan mereka bakal memberi laluan kepada para ulama menyertai bidang politik.
"Mereka membawa mesej yang mendalam. Mungkin tokoh-tokoh lain sedang menunggu 'wahyu' untuk buat keputusan sama ada bertanding atau tidak dan panji yang mereka nak bawa," kata beliau yang mengakui mengenali rapat kedua-dua tokoh ulama ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa