Polis kata tiada laporan ancaman ke atas Psy
Oleh Opalyn Mok
February 14, 2013
GEORGE TOWN, 14 Feb – Pihak polis tidak menerima sebarang laporan ancaman ke atas bintang dari Korea Selatan Psy pada Isnin lalu, kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah
.
"Saya tidak tahu sebarang ancaman keatas Psy atau sesiapapun.
"Ini adalah kali pertama saya dengar ini tapi mungkin ianya dikendalikan oleh Bukit Aman," kata The Malaysian Insider hari ini.
SAC Mazlan berkata sepanjang sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadiann tidak diingini walaupun ramai orang menghadirinya.
"Terdapat ramai orang pada hari itu, jadi kami terpaksa ketatkan kawalan keselamatan untuk memastikan keadaan selamat terhadap penyanyi tersebut dan juga Perdana Menteri," tambah beliau.
Beliau berkata mungkin perkara tersebut adalah punca utama pihak polis terpaksa mengawal kawasan sekitar pentas pada hari itu.
Kenyataan beliau merujuk kepada komen daripada komen BN Teng Chang Yeow bahawa terdapat cubaan ancaman keatas diri penyanyi daripada Korea tersebut hingga memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meninggalkan pentas sebelum artis tersebut tampil membuat persembahan.
"Setakat yang tahu, tiada sebarang ancaman keatas Psy atau sesiapapun pada hari tersebut dan semuanya aman," ujar beliau lagi.
Awal hari ini, Teng berkata terdapat satu cubaan ancaman terhadap nyawa artis sensasi K-pop tersebut sebelum tiba di sini.
Teng menafikan spekulasi mengatakan Najib meninggalkan pentas selepas Psy tidak tampil keatas pentas semasa dijemput menggaul yee sang bersama pemimpin BN tempoh hari.
Beliau berkata acara menggaul yee sang bukan sebahagian program Psy dan terdapat salah faham apabila pengacara majlis tidak mengikut aturcara yang ditetapkan.
Majlis rumah terbuka tersebut yang diadakan di padang Han Chiang telah dihadiri sebanyak lebih 60 ribu orang.
Penyanyi “Oppa Gangnam Style” yang nama sebenarnya Park Jae-Sang dan juara Asian Wave 2012, Shila Amzah adalah tarikan utama dalam majlis tersebut yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada 1 petang.
Huk aloh...!!!
ReplyDeleteCover line lor pulok.
Kah kah kah...
(pang)psy kera dari korea ni TAK TAHU DAN KENAL siapa najib, apa itu bn, umno, 1Malysia dan nyonya yen yen.....
ReplyDeleteYang PASTI DIA TAHU majlis itu di resmikan oleh Prime Minister / Perdana Menteri Malaysia, (pang)psy kera dari korea ni tak hormat lansung PM. Salah siapa?????
Sebelum ini dr m i m berasa aib keran TGNA tak kenal (pang)psy kera dari korea ini, begitu juga dengan blogers lain yang sealiran.
Sekarng dr kangkong tolong buktikan siapa yang aib.
SEMUA NAK COVERLINE DENGAN BERBAGAI CERITA DAN ALASAN GERAKAN, YEN YEN.
Sebenarnya psy itu maknanya TAIK laupsy taik chair, pangpsy keluar taik (berak) itu yang nak dimegahkan....
Tokwan kerja medic sejak 1969 lagi.... Tulah tau pasal makna psy tu..... Dah lama pencen.....
Tokwan Perak