PKR: Penahanan 'Milosuam' bukti dokumen rahsia
Bekas naib presiden PKR R Sivarasa mendakwa penahanan penulis blog pro-Pakatan Rakyat, 'Milosuam' bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membuktikan bahawa tulisan di blog berkenaan adalah tulen.
Polis memberitahu mahkamah hari ini bahawa pasukan itu menyiasat lelaki berkenaan berhubung satu tulisan bertajuk ‘Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru hara di Sabah’ yang dimuatkan pada 23 April.
Dalam tulisan tersebut, Milosuam memuatkan satu gambar menunjukkan satu dokumen rahsia polis yang memberi amaran berhubung 1,400 orang warga asing yang akan mencetus kekacauan di Kota Kinabalu dan Tawau.
"Sekarang mereka menyiasat beliau bawah OSA, itu membuktikan dakwaannya dalam dokumen ini.
"Mengapa rakyat tidak diberitahu mengenai perkara ini?," soalnya.
Tambahnya, polis terus mengubah sebab penahanan Milosuam. Laporan sebelum ini menunjukkan beliau ditahan berhubung tulisan mengenai kertas undi untuk pengundian awal.
Menurutnya, polis ingin melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas penulis blog berkenaan, yang nama sebenarnya Yusuf Al Siddique, sekurang-kurangnya untuk dua hari lagi.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa