Tengok macam mana Pegawai SPRM dihina oleh Taib Mahmud
Ada apa-apa tindakan susulan?
Ianya hanya digunakan untuk menjaring bilis sahaja sedangkan Jerung terlepas kerana jaringnya rapuh........
Panel SPRM saran semua wakil rakyat isytihar harta
Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyarankan semua wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri supaya mengisytihar aset bagi setiap tiga tahun, "bagi memastikan integriti pentadbiran kerajaan".
Dalam kenyataannya, Pengerusi panel itu Datuk Johan Jaafar berkata cadangan itu bagi memperkukuhkan komitmen mereka memerangi rasuah sekaligus mengatasi keraguan tentang aset mereka dalam tempoh menjadi wakil rakyat.
Ketika ini, hanya anggota kabinet dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM.
Calon BN yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 turut disaring oleh SPRM berkaitan rasuah.
Manakala calon pembangkang pula tidak berbuat demikian tetapi semua exco di Selangor dan Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa