Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 3, 2013

BN Kekal Kuasa: Keyakinan Najib Berasas!

Keyakinan Najib memang bersebab
Sokongan lahiriah memang nampak real tapi....
1. Kerahan jentera yang besar termasuk segala media memfitnah dan mencalarkan imej Pembangkang - berjaya atau tidak belum tentu dan mungkin juga back-fire!
2. Kemana saja lawatannya memang dihadiri oleh ribuan orang, selain dari Jentera BN semua yang hadir adalah kerahan Jabatan masing-masing. Jabatan Pelajaran dan segala Jabatan di bawah kekuasaan Kerajaan BN - sokongan mereka-mereka ini belum tentu solid bahkan mungkin menimbulkan kebencian dan rasa jengkel yang akan diterjemahkan di peti undi
3. Segala BRIM, BRAM, BRUM diterima rakyat dengan senyuman dan sengih tetapi adakah sengih itu sengih terima kasih atau senyum perli?
4. Segala helah dan tektik tidak kira secara baik atau busuk diimplimentasikan termasuk hantu setan yang dipunggah (tuduhan/yang diperkatakan) - belum tentu berjalan lancar
5. Kerenah dan senongeh yang dilakukan SPR terhadap segala bentuk yang menguntungkan BN
6. Mempunyai Jentera yang ramai - belum tentu diterjemahkan ke dalam Peti Undi kerana sikap "No money no work, no money no vote" - ini membentuk sikap tamak dan apa jadi kalau golongan ini tidak puas hati atau rasa tertipu?
7. Laporan yang selalunya diolah supaya Boss gembira - "please the Boss"
8. Pemimpin-Pemimpin PAS dan DAP berperang dengan kenyataan-kenyataan bodoh dan dimanipulasikan pula oleh BN boleh meragukan Pengundi-Pengundi Atas Pagar - mungkin terjun ke laman BN - harapkan nasib menyebelahi BN 
9. Laporan Kajiselidik terakhir dari sebuah badan juga memihak kepada BN

Berdasar segala perkara di ataslah yang menyebabkan Najib begitu yakin sehingga senyum sampai ke telinga!
Keyakinan ini mungkin berbuah atau mungkin tidak......

BN yakin kekal berkuasa di Putrajaya, kata Najib

PUTRAJAYA, 3 Mei — Datuk Seri Najib Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa di Putrajaya dengan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini berikutan penerimaan rakyat di seluruh negara.
“Saya boleh laporkan kepada tuan, puan, setelah berjalan di seluruh pelusuk negara, (saya dapati) rakyat Malaysia masih menerima BN.
“Justeru dengan izin Allah pada malam 5 Mei ini, BN akan kembali berkuasa di Putrajaya,” kata perdana menteri ketika berucap pada majlis ‘PM Bersarapan Bersama Penduduk’ di Dengkil Centre Point, dekat sini hari ini.
Ucapan beliau itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan hadirin yang membanjiri perkarangan kawasan itu sejak awal pagi. 
Turut hadir ialah calon-calon BN kerusi parlimen Sepang Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, kerusi dewan undangan negeri (DUN) Dengkil Shahrum Mohd Shariff,  DUN Tanjung Sepat Nisman Yusof dan DUN Sungai Pelek Ng Chok Sin.
Pengerusi BN itu berkata rakyat sedar bahawa dasar transformasi nasional yang diperkenalkan kerajaan boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan buat mereka.
“Dasar ini terletak di tangan BN dan tanpa BN, transformasi tidak akan berlaku...rakyat baik di Selangor dan negeri lain akan menuju ke masa depan yang kelam (tanpa dasar ini).
“Mereka yakin dan percaya (dengan BN). Pilihan rakyat ialah BN. Mereka faham kerajaan pusat dan negeri perlu datang daripada parti yang sama,” katanya.
Dalam pada itu, Najib yang juga pengerusi BN Selangor yakin parti gabungan itu dapat menawan kembali Selangor termasuk memenangi kesemua kerusi parlimen dan DUN di Sepang.
“Kita telah berusaha selama lima tahun untuk kembalikan keyakinan rakyat Selangor. Kita telah pulihkan semangat jentera. Kita juga sudah minta maaf atas kesilapan lalu. Marilah buka lembaran baru di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata setelah lima tahun pakatan rakyat memerintah Selangor, rakyat hilang keyakinan kepada pakatan itu dan buktinya jelas apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri ‘melarikan diri’ untuk bertanding kerusi DUN Pelabuhan Klang daripada DUN Ijok.
Najib turut menasihatkan jentera parti supaya terus bekerja sebagai satu pasukan dan sama-sama menyumbang kepada kejayaan BN.
“Tidak semestinya kena jadi wakil rakyat, banyak cara lagi untuk Bantu rakyat. Mesti adil saksama dan tolong orang lain.
“Inilah ikrar janji kita dan kita akan tunaikan janji kita,” katanya. — sumber

1 comment:

  1. Sebagai Presiden BN sudah pastilah Najib mesti melaungkan nada keyakinan krn dlm pecutan terakhir ini mereka tidak boleh menampakkan keraguan..itu Media appearance..
    X dinafikan bahawa mereka menggunakan pelbagai cara dan taktik
    utk mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional..
    Namun Ada Kerajaan yg lebih besar dari kerajaan manusia yg menentukan hayat manusia,hayat hidupan di dunia dan juga Hayat kerajaan manusia..
    Apabila penguasa Langit Berhajat sebaliknya dari hajat manusia,maka apa jua rancangan manusia itu akan dinafikan oleh Allah s.w.t..
    Yakinlah pd Allah s.w.t..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa