Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 25, 2013

Inilah Manusia Yang Berotak Setaraf Papagomo!

Ini pastinya jenis manusia tetapi tak ada perasaan dan tidak pedulikan perasaan orang lain....
Walau apa pun dia mesti ingat ini giliran takdir orang tetapi giliran diri sendiri belum tentu terlepas!
Teringat akan kaki fitnah itu yang tak pernah hiraukan perasaan orang lain dan perasaan keluarga orang yang difitnahnya

Isteri kesal Azizan dipersenda
ROSLINDA HASHIM
25 Mei 2013

ALOR SETAR - Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu.

Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu.

“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak tergamak mengkritik malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.

“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata,” katanya.

Faekah meminta pihak luar, termasuk ‘musuh dalam selimut’ hentikan segera perbuatan tidak berfaedah itu.

“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” katanya.

Faekah tidak menolak kemungkinan pemilik blog itu berdendam terhadap Azizan kerana serang peribadi beliau, selain punyai agenda jatuhkan Azizan ketika masih sandang jawatan menteri besar.

“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya.

Beberapa blog tempatan dilaporkan menjadikan keadaan Azizan yang kini hilang kedua belah kakinya, sebagai bahan gurauan selain mengkritik kepimpinan beliau. Kecaman terhadap Azizan dilihat berterusan sejak Kedah jatuh ke BN pada PRU13.

Walaupun Azizan kini tidak lagi menerajui Kedah mahupun Pas Kedah, namun beliau tetap disanjung kawan mahupun lawan. Apa yang mendekatkan beliau dengan rakyat kini hanya statusnya sebagai Adun Sungai Limau.

Ketika Azizan terlantar terima rawatan, pemimpin pelbagai latar belakang politik hadir menziarahi beliau, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, turut meluangkan masa melawat adalah pimpinan Pas termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Dalam lawatan Mahathir, tindakan Siti Hasmah memeluk erat Faekah sambil menangis menunjukkan hubungan mereka tetap mesra.

Sementara itu, menurut sumber, banyak pihak persoal lantikan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Azizan, kerana sewajarnya dilantik pemangku pesuruhjaya sehingga muktamar diadakan.

Mengulas mengenai kesihatan terkini Azizan, Faekah berkata, Azizan mempunyai semangat yang kuat untuk pulih, malah cuba berkomunikasi dengan pelawat.

1 comment:

  1. Gua nak tahu satu ajer adakah bekas timbalan pesuruhjaya 1, Phahrul datang melawat Ustaz Azizan ketika beliau kritikal?. Gua rasa beliau antara punca Azizan terpaksa dipotong kakinya dan beliau juga penyumbang kepada kekalahan PAS Kedah. Kenapa gua kata begitu kerana beliau paling lantang mengkritik Ustaz Azizan ketika menjadi MB. Lu kata dah 30 tahun lu jadi ahli PAS, apa sumbangan lu semasa menjadi exco dan gua boleh kata lu adalah gunting dalam lipatan. Lu memang ingin sangat2 menjatuhkan Ustaz Azizan sehingga PAS Pusat terpaksa campur tangan.
    Lu memang gila kuasa apabila TGHH melantik Mahfuz sebagai pesuruhjaya yang baru dan kenyataan lu walau pun berlapik, lu begitu kecewa kerana bukan lu yang dilantik walaupun lu orang No.2 PAS Kedah. Perletakkan jawatan lu sebagai orang nombor dua menunjukkan yang lu cukup kecewa berpandukan kenyataan jahat lu yang PAS Kedah tidak lagi berpuak-puak seperti ustaz Azizan menjadi MB.
    Ustaz Azizan bekerja keras sehingga tidak menghiraukan kesihatannya demi Islam, tapi lu dalam diam-diam menikam Ustaz Azizan dari belakang. Lu mungkin orang paling gembira bila PAS Kedah kalah supaya orang upahan lu senang untuk mengkambing hitamkan Ustaz Azizan diatas kekalahan itu. Bagi gua lu memang tidak layak menjadi pemimpin PAS.
    Gua rasa lu patut berundur kerana lu memang tak pandai buat kerja. Dalam keadaan Ustaz Azizan terlantar pun lu boleh menyerang secara sembunyi dengan mengunakan balaci lu. Wahai Phahrul, bukan sepatutnya melepaskan semua jawatan lu kerana lu sudah gila kuasa, lu sudah jadi perangai Umno.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa