Kalau kategori pesta ianya adalah santai tadak apa-apa yang penting!
Satu lagi, tak adakah cara dan jalan lain untuk mendesak?
Siapakah yang akan mendengar dan bertindak 'memperbetulkan' keadaan dengan cara ni?
Apatah lagi terhadap mereka yang jenis 'peduli apa, aku yang berkuasa!'
Sebaliknya kita pula yang akan difitnah dan diburukkan - semua media utama mereka yang punya!
Bukannya aku bantah tetapi pada aku, adalah 'hasilnya'!
'Pesta' pertikai keputusan PRU 25 Mei ini
Jurucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505 Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan menganjurkan "pesta rakyat bagi mengembalikan demokrasi yang dicuri" secara besar-besaran di Petaling Jaya pada 25 Mei ini sebelum diikuti siri-siri lain di seluruh negara,
Perhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall antara lain bakal menampilkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.
Sekali gus, tegasnya, perhimpunan tersebut "tidak ada kena mengena" dengan dakwaan mahu merampas kerajaan ala "Arab Spring" atau "Malaysian Spring" seperti yang didakwan oleh pihak pemerintah.
"Saya mahu menegaskan perhimpunan ini tidak ada kena mengena dengan Malaysian Spring atau berlaku merampas kerajaan atau dirancang berlaku (untuk merampas kerajaan).
"Sebaliknya rakyat terus bangkit untuk mencari demokrasi yang dicuri kepada rakyat," katanya sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu momokkan untuk menakut-nakutkan kerana kebangkitan rakyat.
Beliau juga berharap semua pihak termasuk pihak polis memberi kerjasama dan tidak termakan dengan "perang saraf" yang dilakukan "pihak yang takut dengan kebangkitan rakyat"

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa