Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 27, 2013

Rasanya Bukan Masalah Sistem Tetapi Masalah Kejujuran Menggalas Amanah!

Selagi tidak menunjukkan kejujuran di dalam melaksanakan amanah rakyat
Tanpa ketelusan dan kesempurnaan contohnya masalah Daftar Pemilih yang tak pernah selesai dan menggunakan pula undang-undang untuk melindungi diri selagi itu persepsi rakyat tidak akan berubah
Keadilan dan saksama hanyalah retorik dan syok sendiri sahaja!

 SPR nafi sistem pilihan raya Malaysia kekalkan kuasa BN selama-lamanya
OLEH AMIN ISKANDAR
PENOLONG PENGARANG BERITA
MAY 27, 2013
PUTRAJAYA, 27 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan ahli akademik sistem “first past the post” yang diamalkan di Malaysia akan mengekalkan kuasa pemerintah Barisan Nasional (BN) selama-lamanya dan mengatakan ianya diantara yang terbaik di dunia .
Dalam satu forum di Petaling Jaya pada Rabu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Amer Saifude mengatakan BN akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post” terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan.
“First past the post ni, bukan sampai bila-bila BN menang. First past the post ni adalah satu sistem yang simple di mana pertandingan nak merebut kerusi dalam satu kawasan,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider .
“Kerana first past the post ini, BN tak dapat majoriti dua pertiga dalam PRU13 (pilihan raya umum ke 13). Kerana first past the post ini, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menang dengan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN),” tambah beliau lagi.
Menurut Wan Ahmad lagi, sistem pilihan raya diguna pakai di Malaysia turut digunakan oleh negara-negara yang maju dan telah lama mengamalkan demokrasi.
“Britian, dah berapa ratus tahun mengamalkan proses demokrasi sampai sekarang dia guna first past the post.
“Australia, first past the post. New Zealand first past the post campur dengan mix sikit. Proportional Representation (PR) sistem sikit. India, negara demokrasi terbesar di dunia 800 juta pengundi first past the post,” katanya.
Timbalan pengerusi SPR itu turut menjelaskan, jika sistem first past the post itu tidak adil, tidak mungkin PR dapat menang banyak kerusi termasuk beberapa negeri.
“Kerana first past the post ini, Kelantan diperintah oleh satu parti sahaja, PAS selama 25 tahun. Di Pulau Pinang, DAP menang di semua kerusi yang ditandinginya. Saya rasa orang yang buat kenyataan ini tak faham sistem pilihan raya di Malaysia.
Dalam Pilihan Raya 2013, PR berjaya mengekalkan pemerintahan di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan akan tetapi gagal untuk mempertahankan penguasaan di negeri Kedah.
PR juga gagal merampas semula negeri Perak yang mereka menangi pada tahun 2008.
 Amer turut menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013.
BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi PR.
Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut
Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan jumlah besar yang ditandingi mereka.
Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.
“Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.
Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen.
Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila SPR melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa