Selagi Para Penyamun melantik sesiapa saja di kalangan mereka
Wadahnya tetap sama
Kalau Melayu akan makan Melayu, Cina makan Cina dan India akan makan India
Maka pi mai, pi mai tang tu jugaklah
Allah memandang taqwa bukannya bangsa atau kaum
Hakikatnya tukarlah apa saja bekasnya tetapi sekiranya isinya budu yang hapak maka baunya tetap hapak!
Published: Rabu Mei 29, 2013 MYT 9:42:00 AM
Updated: Rabu Mei 29, 2013 MYT 9:43:40 AM
Melayu Tetap Ketuai BN
Oleh MAZWIN NIK ANISPETALING JAYA: Orang Melayu akan terus menerajui Barisan Nasional (BN) jika parti itu menjadi parti tunggal berdasarkan realiti politik di negara ini, kata pemimpin parti komponen BN.Mereka berpendapat memandangkan Umno mempunyai keahlian yang paling ramai serta populasi penduduk berbangsa Melayu di negara ini berjumlah kira-kira 60 peratus, maka orang Melayu dilihat akan terus mengetuai BN.Bagaimanapun mereka percaya jika idea bagi mewujudkan parti tunggal itu dilaksanakan maka kepimpinan BN perlu mempunyai 'pemikiran Malaysia' dan bukannya berasaskan pemikiran bersifat perkauman.Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kemungkinan BN akan terus dipimpin oleh seorang pemimpin Melayu bukanlah satu kejutan kerana ia merupakan realiti politik.Malah katanya pakatan pembangkang juga memilih orang Melayu sebagai ketua."Tetapi kita perlu melihat di luar etnik dan latar belakang pemimpin tersebut. Beliau sepatutnya menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan berfikir secara terbuka tanpa garisan perkauman. Nilai-nilai teras dan ideologi pemimpin tersebut perlu fokus untuk keseluruhan rakyat Malaysia secara semula jadi," katanya.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik oleh sebuah portal berita sebagai berkata bahawa parti tunggal BN berkemungkinan akan diketuai oleh orang Melayu.Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn bersependapat dengan Dr Wee bahawa BN akan menjadi parti untuk semua yang diketuai oleh pemimpin yang akan melindungi kepentingan semua rakyat Malaysia.Tambah beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno adalah orang 'yang terbaik dan paling layak untuk memikul tanggungjawab itu.Sementara itu Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, walaupun BN diketuai oleh pemimpin Melayu, ia tidak bermakna kaum bukan Melayu tidak diwakili di peringkat kepimpinan tertinggi parti tunggal itu nanti.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa