Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 20, 2013

Sia-Sia Ajarkan Tamadun Kepada Manusia Di Zaman Batu

Inikah etika kewartawanan yang Zahid maksudkan?
Itulah Hata Wahari mahukan
Tapi kenapa 'kejakunan' dibalas juga dengan lagak jakun (isyarat lucah)?

Bekas wartawan tunjuk perasaan depan Utusan
Jamilah Kamarudin May 20, 2013
Kedatangan Hata Wahari menimbulkan rasa tidak senang kakitangan Utusan Melayu yang mula keluar bangunan dan melakukan provokasi terhadapnya.

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan akhbar Utusan Malaysia Hata Wahari mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan bekas pejabat majikannya di sini petang tadi.
Hata, yang mendakwa dirinya masih lagi Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) datang ke perkarangan pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd kira-kira pukul 4.00 petang.
Namun kehadirannya disambut kira-kira 70 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras yang mula mengawal sekitar Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin sejak pukul 2.00 petang.
Kedatangannya juga menimbulkan rasa tidak senang kakitangan Utusan Melayu yang mula keluar bangunan dan melakukan provokasi terhadapnya.
“Balik!” “Boo!” “Komunis!” “Makan ubat kencing manis lah!” “Hidup Utusan!” antara laungan kakitangan Utusan, selain membaling makanan kepada Hata yang berada di seberang jalan.
Empat tuntutan
Hata pada ketika itu memegang kain rentang mengandungi empat tuntutan kepada Pengarang Utusan:
  • Hentikan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab;
  • Jadilah wartawan yang menjunjung etika kewartawanan;
  • Jangan gadaikan masa depan Utusan untuk kepentingan diri;
  • Jangan jadi wartawan rasis.
Hatta ketika ditemui pemberita berkata beliau akan tetap mengadakan tunjuk perasaan setiap tahun sehingga matlamatnya untuk melihat laporan akhbar tersebut kembali beretika tercapai.
“Ini tahun ketiga saya tunjuk perasaan sejak dipecat pada tahun 2010. Selagi tak berubah selagi tu saya akan datang sini setiap 2 Mei,” katanya.
Beliau turut kecewa dengan akhbar tersebut yang memainkan sentimen perkauman.
Hata beredar kira-kira pukul 5.30 petang dan dilihat sempat menunjukkan isyarat lucah kepada kumpulan kakitangan terbabit ketika menaiki trak pacuan empat roda

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa