Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 27, 2013

Kematian Suspek Dalam Kes Begini Tak Perlu Diperbesarkan!

Walau pun melibatkan seorang manusia dan satu nyawa
Tetapi adakah makhluk begini cukup berguna untuk masyarakat?
Mungkin ramai yang menganggap aku berjiwa kejam!

Walau apa pun aku dan keluarga telah beberapa kali dikenakan oleh makhluk sejenis dengannya

Tahanan ditemui mati dalam lokap
MOHD ISKANDAR OTHMAN 
26 Mei 2013


GEORGETOWN - Seorang lelaki yang baru ditahan polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata, kematian R Jamesh Ramesh, 40, hanya disedari apabila anggota lokap IPK mahu mengejutkannya bangun tidur untuk dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Nasir berkata, Jamesh ditahan kira-kira `12.45 pagi Jumaat lalu selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah di hadapan Balai Raya Jalan Patani di sini .

"Selepas ditahan, polis menjalankan ujian air kencing terhadap suspek dan mendapatinya positif dadah jenis morphie.

"Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai beberapa kes jenayah lampau termasuk samun dan penyalahgunaan dadah," katanya pada sidang media, di sini,hari ini.

Nasir berkata, siasatan juga dibuat terhadap beberapa tahanan yang berada dalam satu sel itu dan dari keterangan mereka mengatakan suspek berada dalam keadaan khayal sepanjang malam.

Menurutnya, selepas mendapati suspek tidak sedarkan diri, pihaknya menghubungi pasukan perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) dan pemeriksaan yang dilakukan mengesahkan suspek sudah meninggal dunia.

"Polis juga memanggil majistret mahkamah Pulau Pinang untuk membuat pemeriksaan terhadap si mati.

"Pemeriksaan polis mendapati tiada kesan cedera pada tubuh mangsa dan kematianya tidak ada unsur jenayah," katanya.

Sehubungan itu, Nasir tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan dengan cuba memanipulasikan kes berkenaan.

Mayat suspek dibawa ke HPP untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

"Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR) dan akan terus menjalankan siasatan sehingga mengetahui punca sebenar kematian," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa