Sekiranya ini betul suara PAS
Maka senadalah jua dengan suara UMNO!
Maka termakbullah hasrat puak UG.....
Kalau beralasan nak kuatkan Melayu....ha..haa...join saja BN
Ikutlah jejak Hasan Ali dan Brehim Katak bersama Zul Nordin
Aku nak tanya sikit
Adakah perhimpunan di stadium dan di tempat terkawal itu dinamakan keganasan?
Adakah perhimpunan di stadium dan di tempat terkawal itu dinamakan demonstrasi jalanan dan menimbulkan kekecuhan?
Atau PAS bercakap politik 'loyar buruk' yang hanya tidak menyokong demo jalanan dan keganasan tapi tetap sokong sekiranya aman dan terkawal?
Sehingga ini tidak pun kejadian ganas atau berarak di jalanan!
Kalau ini adalah pandangan Ketua PAS maka Ahli PAS kenalah wala'
Tapi yang aku tidak faham, adakah wajib wala' di dalam apa jua keadaan dan apa jua pandangan yang berbentuk arahan?
Tapi dalam apa jua keadaan aku tidak terikat sebab aku bukan Ahli PAS dan masih belum menjadi ahli mana-mana parti di dalam PR
Namun seandainya apa-apa saja tindakan yang menjadikan huru hara dan keganasan, aku pun tidak sokong!
Rabu Mei 29, 2013
PAS Kelantan Tolak Jatuhkan Kerajaan Dengan Cara 'Arab Spring'
KOTA BAHARU: PAS Kelantan senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata hari ini usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.
"Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi PAS Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu, berkata jika perhimpunan itu dilakukan secara aman untuk mengkritik kerajaan ia tidaklah menjadi kesalahan bagi pengikut parti itu berkumpul menzahirkan bantahan itu.
"Ada dua perkara yang berbeza sama ada kita berkumpul untuk mengkritik kerajaan dan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak mengapa tetapi kita sudah sepakat termasuk dalam DAP yang tidak setuju untuk kita jatuhkan kerajaan dengan cara kegananasan," katanya.
Baru-baru ini Pas Pusat juga berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata PAS berpendirian begitu kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui mahkamah atau petisyen untuk mencabar keputusan PRU-13 itu.
Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut menolak usaha seumpama itu dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh. - mStar
Kah kah kah...
ReplyDeleteCakap bodoh nanti, ada pulak yang marah.
Inilah akibat pemimpin buta maklumat.
Dua perhimpunan di Kelana Jaya dan Petaling Jaya aku pergi, tak ada pulak disebut atau diajak jatuhkan kerajaan minoriti ala Arab Spring.
Dan kalau ada perhimpunan di Dataran Merdeka pula selepas ini, itu hanya untuk mendesak pengarah dan timbalan pengarah spr letak jawatan.
Apa yang spring nya???
Kah kah kah...
taknak komen tentang perjanjian sulit brother nuar dgn najib ke bang... asik2 ug jer bang... takde modal lain ke bang... he3
ReplyDeleteAbe,
ReplyDeleteNok buta guano lagi, semakin jelas bahawa PAS sedang gila nak meninggalkan Pakatan yang dianggotai oleh 2 parti lain untuk bersama-sama dengan UMNO dan 12 parti-parti lain.
Ambo kato begitu sebab dari Presiding, Ketua Dewan Ulamak sampailah kepada TMB Kelantan, Nik Abduh dok kecek benda samo. Cuma TGNA sorang je tak mahu. Sorang dengan ramai, mestilah kena ikut hok ramai.
Mano seronok, mano meriah dok berkawan dengan hanya sebuah parti cina dan sebuah parti berbilang kaum di dalam Pakatan. Lagi meriah join UMNO dan kengkawan kerana sebelah sano ghamai.
Pada ambo, gi lah. Mana tahu bila join geng sebelah sana bolehlah mewah serupo demo. Boleh buat rumah besa-besa, boleh beli kereta mewah, anak bining pun boleh mewah, boleh gi holiday ke paris, new york, buleh naik jet peribadi kepunyaan ramai toky-tokey nok gi mano-mano dll
Ambo kato gi la cepat-cepat, dok soh dok tunggu lek ni. Mari PRU 14, kita tengoklah sehebat mano puak demo.
bat8
Perjanjian sulit anwar dan najib melibatkan 2 individu tanpa melibatkan parti tp perjumpaan sulit pas dan amno melibatkan parti..
ReplyDeletepenonton bolasepak laGI GANAS...
ReplyDeleteKeliru tengok komen warna biru dengan kenyataan dibawahnya. Sgt konflik. Utk apa ya?
ReplyDeleteAnon 12.47
ReplyDeleteSyarat perjanjian DSAI/Najib:
1) Bersetuju mematuhi etika berkempen oleh kedua-dua parti lawan, ruang media yang bebas tiada serangan peribadi atau kecaman di media (milik Umno).
2) PRU yang bebas dan adil.
3) Apabila kedua-dua faktor tersebut dipatuhi (1) dan (2), pihak yang menang perlu hormati dan beri transisi berlaku dalam keadaan aman, terima keputusan dengan baik, tidak ada unsur dendam dan permusuhan serta harus ada semangat untuk rekonsiliasi iaitu menenteramkan keadaan.
Salah ke? daripada duk berjumpa dlm gelap nak khianti PR pada 2008, itu lah sikap puak UG yg gilakan jawatan.
Apa benda sampah isi blog ni, takkan simple statement pun tak faham. Kalau melalui keganasan, semua pihak dalam PR pun tak setuju. SO betullah apa yang PAS Pusat/ Kelantan cakap tu, lagi pun PAS ada wakil jugak di 505. Gua sendiri turun padang 25/5 hari tu, ni blogger poyo nak sembang pasal politik tapi tak tau, tak habis-habis modal UG kahkahkah
ReplyDelete