Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 22, 2013

Kerana Gelabah Anwar Terlepas Pandang Peluang?

Sebenarnya saya pun berkungsi pandangan yang sama dengan Penulis Musli Oli

PR SUDAH MEMERINTAH JIKA ANWAR TIDAK GELABAH
Oleh : MUSLI OLI
KEPUTUSAN PRU 13 telah pun diketahui. Populariti BN yang diwakili PM Najib (berasaskan kempen slogan "I Love PM") diterjemahkan daripada undi yang diperolehi pada 47%; berbanding dengan undi populariti Pakatan Rakyat pada 53%.

Kemerostan populariti BN ini bagaimanapun tidak menguntungkan Pakatan Rakyat, kerana dalam masa yang sama populariti PKR yang diwakili Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang juga merosot.

Amat ketara, PKR telah gagal memenangi kerusi-kerusi parlimen sasaran seperti Tuaran dan Beaufort di Sabah. Secara keseluruhan PKR hanya menang satu kerusi melalui Darrel Leiking di parlimen Penampang. Di Sarawak, persembahan PKR juga teruk.

Jika dibanding dengan dengan PRU12, secara keseluruhan, pencapaian PKR merosot. Pada 2008, PKR menang 31 kerusi ketika Anwar tidak boleh bertanding, bukan sebagai ketua pembangkang dan Pakatan Rakyat belumpun ditubuhkan.

Saya menyertai PKR pada November 2011 kerana saya tertarik dengan kandungan Buku Jingga.Antaranya royalti petroleum ditambah daripada 5% kepada 20%. Pemulihan kuasa otonomi dengan memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri seperti yang telah dipersetujui dalam Perkara 20.

Pemansuhan Cabotage Policy yang merupakan punca utama 'Vicious Cirle Of Poverty' di Sabah. Di samping komitmen-komitmen lain yang memberi faedah kepada Sabah jika PR menawan Putrajaya.

Atas sebab-sebab itulah saya sertai PKR secara aktif dengan harapan rakyat Sabah akan mendapat 'NEW DEAL' daripada kerajaan Persekutuan. Saya tidak menyertai politik untuk menjadi calon, wakil rakyat atau untuk menjadi menteri.

Saya berpolitik kerana memperjuangkan idea, bukan menyokong individu atau pemimpin tertentu dalam parti politik. Saya bukan seorang idealist; walaupun saya seorang penulis politik.

Sesiapa yang pernah mengikuti tulisan-tulisan saya melalui laman sosial dan blog ini tentu masih ingat saya kerap menulis; "saya bukan ikut Anwar". Tetapi menggunakan pengaruh Anwar untuk mencapai cita-cita rakyat Sabah.

Kemenangnan tipis BN berbanding dengan PRU12, sebenarnya merupakan peluang terbuka kepada Anwar Ibrahim meyakinkan rakyat bahawa dia layak dan paling layak mengetuai kerajaan alternatif jika berlaku undi tidak percaya terhadap Najib dan BN. Selepas pengumuman kabinet baru Malaysia perasaan tidak puas hati di kalangan komponen BN amat ketara.

Presiden PRS dari Sarawak Datuk James Masing secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hatinya. Parti-parti dari Sarawak terutama PRS dan SPDP menyumbang 10 kerusi tetapi tidak mendapat tempat sewajarnya dalam pemilihan anggota kabinet.

SUPP yang menang satu kerusi dapat menteri penuh. Begitu juga PBRS di Sabah yang hanya bertanding dan menang satu kerusi juga mendapat menteri penuh.

MCA, Gerakan dan MIC tentu sekali tidak berpuas hati dengan pemilihan kabinet Najib. Pemilihan pemimpin Hindraf telah mengecilkan peranan MIC dan PPP. Ramai MP dari UMNO yang lebih senior yang telah terlepas pandang juga tidak berpuas hati.

Dalam keadaan sebegini, beberapa kerusi boleh tinggalkan BN, tetapi di mana Anwar Ibrahim? Anwar terlalu sibuk dengan 'Road Show Black Out' membantah keputusan PRU.

2 comments:

  1. Maksud tuan.. anwar boleh pujuk dan ajak mp tu suma tok melompat..apa jaminan tuan yb2 itu td akan trus kekal bersama pr..kita perlu bantah..mmg kene bantah..

    ReplyDelete
  2. salam

    ko ni sabaq la sikit..

    takkan terus nak buat undi tak percaya !!!


    gosok rakyat dulu ... mcm ko memnt...t bini ko... ko terus redah terjah jer ??? gosok dulu smpai stim baru la SPRING...


    nak naik momuntum (kalu ko sekolah sains) kena ada anjakan ... kalau akyat tak sedia tiba tiba ko nak undi tak percaya .... anwar one man show la ... bi...l

    guna sains dlm politik ... guna alam semulajadi dlm politik ... guna ak quran dan hadith dlm politik,,,,,

    bukan guna peulis politik main ikut akai jaaa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa