Mantan Menteri pun tidak puas hati dan menyalahkan SPR
Kali ini apa pula belit SPR?
Kalau dah UMNO pun buat laporan polis - bererti memang ada kes.....
BN Lembah Pantai dakwa SPR pilih kasih
BN Lembah Pantai hari ini membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan gagal bertindak terhadap beberapa kesalahan pilihan raya yang didakwa dilakukan PKR kawasan tersebut.
Setiausaha BN Lembah Pantai, Datuk Sazali Kamilan yang membuat laporan tersebut mendakwa SPR gagal bertindak terhadap tindakan PKR mendirikan pondok panas berhampiran pusat pengundian di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Bandaraya dan SJK (T) Saraswathy.
Dakwanya lagi, SPR juga gagal bertindak terhadap PKR yang bertindak merayu undi di pintu masuk tempat mengundi pada hari mengundi selain bertindak mendirikan barung selepas jam 12 tengah malam 4 April dalam jarak kurang 50 meter dari kawasan larangan.
Sedangkan, SPR mengarahkan bendera dan poster BN diturunkan walaupun ia mematuhi peraturan pilihan raya semata-mata kerana ia dipasang berhampiran balai polis Bukit Travers, katanya.

"Jadi saya berharap polis dapat menyiasat amalan pilih kasih SPR ini," kata Sazali ringkas kepada pemberita selepas memb uat laporan tersebut di balai polis Jalan Pantai Baharu petang ini.
Beliau turut ditemani calon BN untuk kerusi Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang turut membuat laporan terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
"Laporan polis terhadap beliau adalah berkenaan tuduhan beliau terhadap saya berkenaan urus niaga pembelian 12 ekar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara," kata Nong Chik ringkas tanpa mendedahkan butir laporannya.
Sehari sebelum pilihan raya, Nurul membangkitkan dakwaan berhubung peranan Nong Chik dalam satu urusniaga tanah bernilai tinggi, seluas 12 ekar.
Beliau mendakwa, tanah itu dipindahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Raja Nong Chik akhir tahun lepas.
Dakwanya lagi, ia kemudian diberikan kepada syarikat persendirian, yang kemudiannya menjualnya kepada syarikat pembangunan hartanah terkenal dengan nilai RM475 juta.
Urusniaga tersebut, dakwa Nurul, akan dimuktamadkan selepas pilihan raya berakhir.

Abe,
ReplyDeleteKito nok boh dale puok manow Setiausaha BN dan calon BN Lembah pantai nih - geng puok otak udang ko otok dok tapok kaki ayam ( tok pakai slipar)?
Ambo nak boh puok otok dok tapok kaki ayam. Orang dok komplen pasai pengundi pati, blackout masa pengiraan undi, pengundi hantu, SPR berat sebelah, dakwat, undi rosak lebih banyak dari majoriti, peti-peti undi yang diseludup masuk - dia bercakap pasal barong panas yang semua orang tahu SPR memang tak kasi can kepada pembangkang.
Kalau dia ni cerdik, repotlah pasal blackout kat lembah pantai, tentang cubaan menyeludup peti-peti ke tempat pengiraan untuk memenangkan calon BN.
Cerita Timbalan Pengerusi SPR dok bercakap macam pemimpin UMNO untuk menutup kesalahan-kesalahan yang semakin terbongkar tak pulak diambil pot oleh dua ekor nih!
Pe-ei perangai puok-puok h*nj*ng lagu tu lah.
bat8
( maroh berdo-oh lalu nih, Abe,maah la)
A'kum bat8
ReplyDeleteTak apa. Kan marah, suka dan gembira itu naluri manusia? Biasalah ada masa marah dan ada masa kita suka.
Sebenarnya perkara yang Raja Nongchik dok sibuk tu dah lama Pembangkang merasainya. Tapi kerenah begitu sebenarnya sama dengan tahi ayam lekat di hujung selipar ajer
Banyak lagi perkara besar yang patut Raja Nongchik nampak. Tapi nak buat macam mana mereka rabun dekat, yang dekat dan besar tak nampak tapi yang kecik dan jauh mereka boleh nampak!