Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 21, 2013

PRU 13 Berjaya Mengkerandakan Politik Perkauman Tajaan Penjajah?

Benarkah pengaruh Mahathir masih bersarang di kalangan rakyat yang berotak tepu?
Dalam keputusan Pilihan Raya 2013, pengakhiran untuk politik perkauman bermula
KUALA LUMPUR, 21 Mei — Pilihan Raya 2013 menunjukkan sistem politik perkauman Malaysia runtuh di bawah kesan pembandaran dan realiti pemerintahan majority Melayu, satu pendapat dalam Wall Street Journal mencadangkan hari ini.
Datuk Seri Najib Razak juga dilihat lebih popular dari Umno, dan seharusnya membantu menyambut perubahan “yang tidak boleh dihentikan” dan bergerak dari politik perkauman, tulis wartawan Hong Kong Philip Bowring dalam akhbar kewangan berpengaruh itu.
Akan tetapi penulis tersebut mengatakan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat terhadap Umno, masih kuat walaupun telah bersara dari politik pada 2003 dan turut mengetuai kritikan terhadap Najib.
“Tiket perkauman masih kuat di tangan Encik Mahathir, arkitek pemodenan ekonomi yang taksub dengan jenis teori kaum dibentangkan dalam bukunya The Malay Dilemma yang diharamkan pada tahun 1960an,” tulis Bowring.
Beliau mengatakan kritikan terhadap Najib hari ini disebabkan perdana menteri dikatakan terlalu banyak mengalah kepada etnik Cina akan tetapi tidak menerima undi sebagai balasan. Dalam Pilihan Raya 2013, majoriti daripada etnik kedua terbesar itu telah mengundi menentang Barisan Nasional (BN).
Dalam ucapan kemenangannya pada awal pagi 6 Mei, Najib secara terbuka mengakui kurang mendapat sokongan daripada masyarakat Cina dan mengatakan keputusan terburuk BN dalam sejarah pilihan raya itu adalah kerana “tsunami Cina”. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa