- 'Tahniah' kepada BN Perak kerana mendapat watikah daripada Istana Perak untuk menerajui semula kerajaan di negeri Perak Darul Ridzuan. Namun apa agaknya perasaan Dr Zambry Kadir apabila menyedari kerajaan beliau hanya mendapat sokongan popular sekadar 44.4% pengundi sedangkan pihak yang dikatakan kalah ia itu Pakatan Rakyat mendapat 54.8% undi popular.
- Mari kita menganalisa fakta-fakta sahih yang dikeluarkan oleh SPR sendiri.
- Di peringkat Parlimen seluruh Malaysia:
Undi PR : 5,623,984
Undi lebihan PR & BN : 386,285 (3.43% dpd jumlah undi)
Undi PR : 590,344 (51.7%)
Bebas dll : 4,155 (0.36%)
Undi lebihan PR & BN : 43,893 (3.84% dpd jumlah undi)
Undi PR : 625,710 (54.8%)
Undi lebihan PR & BN : 386,285 (3.43% dpd jumlah undi)
- Di peringkat Parlimen Negeri Perak sahaja:
Undi PR : 590,344 (51.7%)
Bebas dll : 4,155 (0.36%)
Undi lebihan PR & BN : 43,893 (3.84% dpd jumlah undi)
- Di peringkat semua 59 kerusi DUN Perak :
Undi PR : 625,710 (54.8%)
Bebas dll : 9,353 (0.8%)
Undi lebihan PR Perak & BN Perak : 118,763 (10.39%)
Undi lebihan PR Perak & BN Perak : 118,763 (10.39%)
- BN Perak 'bernasib baik' dapat membentuk kerajaan simple majoriti 31 : 28 melalui 3 kerusi PAS yang tewas tipis di kerusi-kerusi Lubuk Merbau (53 undi), Manjoi (132 undi) dan Manong (231 undi). PR Perak pula kehilangan peluang membentuk kerajaan 'simple majority' di Perak dengan hanya kekurangan 2 kerusi iaitu (155 undi).
- Beberapa kesimpulan dapat dibuat. Antaranya peratusan lebihan rakyat Perak yang mengundi PR diperingkat Parlimen Perak adalah lebih sedikit sahaja berbanding diperingkat Nasional (3.84% Vs 3.43%). Namun keinginan meluap-luap pengundi Perak untuk mengembalikan pentadbiran Perak ke tangan PR dapat dilihat melalui lebihan undi PR sebanyak 118,763 ia itu 10.39% daripada keseluruhan pengundi DUN. Satu peratusan yang sangat tinggi! Cuba bandingkan angka 155 (defisit PR) dengan 118,763 (lebihan PR).
- Rakyat juga perlu diberitahu bahawa dikerusi Manjoi, PAS hanya tewas kerana undi POS yang hampir 80% menyebelahi BN. Bagi undi awam PAS sudah menang dengan kelebihan 98 undi. Sangat ironis dan merasa ditipu apabila undi POS , diundi 4 hari lebih awal tetapi dimaklumkan keputusannya yang terakhir. Dalam suasana BN bakal kehilangan kerajaan, anda percaya konspirasi tidak berlaku antara UMNO/BN dan balaci-balacinya apabila mereka sekadar memerlukan manipulasi 100 ke 200 undi??
- Sesungguhnya Dr Zambry dan BN Perak tidak mempunyai apa-apa hak moral dan hak demokrasi untuk membentuk kerajaan di Perak. Lebih-lebih lagi sudah menjadi 'open secret' di banyak tempat amalan rasuah beli pengundi oleh agen-agen BN adalah pada tahap melampau.Mungkin mereka bersahaja melakukannya kerana ustaz-ustaz UMNO yang berfalsafahkan Machiavelli menghalalkannya. Dimana ada UMNO disana pasti ada rasuah!
- Penulis berkeyakinan, keinginan tinggi rakyat Perak untuk PR mentadbir negeri adalah juga disumbangkan oleh keyakinan mereka kepada barisan kepimpinan PR Perak dan manifesto PR Perak yang terbaik. Maka terlepaslah peluang rakyat Perak untuk menikmati agenda-agenda besar manifesto seperti:
Kerajaan berintegriti dan demokratik,
Pembekuan kenaikan cukai tanah,
Cukai pintu dan tarif air untuk 2013-2018,
Program penghapusan kemiskinan tegar,
Pemerkasaan institusi ummah, dan
Peluang memiliki 30,000 unit lot-lot perumahan baru
di seluruh negeri Perak.
- Sebagai renungan, kalau di peringkat pusat, rakyat Malaysia menggelar kerajaan Najib sebagai kerajaan 47% maka di negeri Perak, sendaan kerajaan Zambry Kadir sebagai kerajaan 44 % tentu sangat wajar. Apa pula kaitan angka 44.4 dengan kepercayaan angka-angka tertentu oleh kaum Cina? Nampaknya rakyat Perak kena terus bergelumang dengan 'political saga' pasca PRU 13 semata-mata kerana SPR yang tempang dan bertaraf Zimbabwe. Di Zimbabwe ada Mugabe manakala di Malaysia ada UMNO. Pemimpin UMNO sejak era Dr. Mahathir belajar penipuan pilihanraya daripada Mugabe!
Penulis,
Dr Khairuddin Dato' Malik | Setiausaha Pakatan Rakyat Perak
merangkap Pengerusi JK penyediaan Manifesto PR Perak 2013
Teruskan lah berilusi dan teori dangkal sebagai penyedap kepada rasa kekecewaan kot....LAIN KALI LAH.
ReplyDeleteKawanlama,
ReplyDeleteTeruslah berilusi merasa menang dengan hanya 44% undi. Agaknya lagi rendah jumlah undi yang dapat lagi besou ler kemenangannya ye, ikut kepada sifir ilusi hangpa? Bebanggalah dengan kemenangan yang hangpa pun tahu dan faham bagaimana diperolehi.
Nak kata macamana lagi, kalau tak cuba tutup kemenangan secara menipu dengan tuduh orang.SOP puak-puak hangpa dah macam tu....
Kawanbaru