Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 21, 2013

Sebenarnya Aku Rasa Peliklah......

MCA kata mereka mewakili Kaum Cina dan menjaga kepentingan mereka
Tapi kenapa pula tidak mahu mewakili Kabinet?
Bukankah itu salah satu cara menyuarakan kepentingan Cina di dalam kerajaan?
Apa sebenar tujuan mereka mengelak dari dilantik ke dalam kabinet?
Merajuk kerana tidak mendapat sokongan dari kaum sendiri atau tunjuk besar kepala?
Nasib Adun Pulai Sebatang Diserahkan Kepada Lembaga Disiplin MCA
KUALA LUMPUR: Nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong yang menerima jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Johor baru-baru ini akan ditentukan oleh lembaga disiplin MCA.
Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kedudukan Tee dalam parti masih dirujuk ke lembaga disiplin.
Dr Chua berkata buat masa ini, Tee telah memohon cuti rehat daripada menyertai sebarang mesyuarat dan aktiviti parti sementara menunggu keputusan daripada lembaga disiplin berhubung nasibnya.
"Beliau akan bercuti sehingga lembaga disiplin membuat keputusan mengenai isu lantikannya.
"Sehubungan itu, beliau tidak akan menghadiri apa-apa mesyuarat atau aktiviti parti sama ada di peringkat pusat atau bahagian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat di Wisma MCA di sini, Selasa.
MCA sebelum ini membuat keputusan untuk tidak menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan berikutan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang teruk berbanding pilihan raya umum (PRU) 2008.
Keputusan itu adalah satu resolusi yang diluluskan dalam perhimpunan agung MCA pada 2011 dan 2012.
Namun, pelantikan Tee sebagai salah seorang daripada tujuh muka baru yang dilantik sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri Johor bagaimanapun telah menimbulkan kontroversi dalam parti.
Tee menyertai Exco atas titah dan perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahukan wakil Cina.
Ketika ditanya mengenai jawatan Menteri Pengangkutan yang ditawarkan khas untuk MCA, Dr Chua berkata mereka tetap dengan pendirian parti untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri selepas mencatat keputusan buruk pada PRU-13.
"Kita tetap pegang teguh pada resolusi yang ditetapkan namun ia terserah kepada keputusan Perdana Menteri mengenai jawatan itu," katanya.

2 comments:

  1. kalau takde wakil dalam parlimen ada orang jadi susah konon olih itu sokong la kami semula ala murah nya muslihat

    ReplyDelete
  2. Merajuk?

    Kah kah kah...

    Setau aku cuma Dato' Onn je yang betul-betul merajuk tak mau dipujuk...

    Sedangkan majoriti yang kunun-kunun merajuk tu sebenarnya mintak dipujuk...

    Nak pujuk pulak kena la ada tawar-menawar...

    Masa menang pun makan...

    Masa kalah lagi la lumayan...

    Ke guane bro?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa