Dulu dianggap Pelampau
Sekarang sudah dalam Kabinet Najib!
Apa macam MIC?
Aku nampak akhirnya berputih mata dan pengaruhnya kian terhakis....
Tiada komen untuk isu kabinet bukan ahli dewan
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang enggan mengulas lantikan lima anggota kabinet yang bukan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
"Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Marilah kita melihat ke hadapan...," katanya selepas mengangkat sumpah sebagai yang dipertua dewan itu bagi penggal yang kedua.
Beliau diminta mengulas berhubung lantikan lima anggota kabinet yang bukan anggota Parlimen dan belum mengangkat sumpah sebagai senator.
Mereka yang dilantik: Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kwan (kedua-duanya menteri di Jabatan Perdana Menteri), serta tiga timbalan menteri, iaitu pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan) dan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan (kementerian Wilayah Persekutuan).
"Saya akan membetulkan keadaan mengikut prosedur dan peraturan. Dan banyak lagi senator yang akan mengangkat sumpah di hadapan saya.
"Saya akan meneliti perkara tersebut," kata Abu Zahar lagi.
Kebabsahan lantikan kelima-lima mereka itu sebelum ini ditimbulkan oleh tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa ia dibuat secara haram kerana hanya wakil Dewan Rakyat dan Senator boleh dilantik menyertai kabinet

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa